Rojak Daily Logo

Aduhai Penimbang, Mengapa Bergerak Ke Kanan Bulan Ini?

0
comments
Aduhai Penimbang, Mengapa Bergerak Ke Kanan Bulan Ini?
Sejauh mana anda mengambil tahu jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan?

Makanan pengikat kasih dan silaturrahim. Atas sebab itu tidak sah sekiranya kunjungan kita ke rumah rakan taulan dan saudara mara dijamu dengan beraneka hidangan. Jemputan ke rumah terbuka juga tidak sempurna tanpa hidangan sepanjang meja. Dari menu utama, ke hidangan pencuci mulut serta berbagai jenis minuman disediakan tuan rumah. Bayangkan sehari kita berkunjung ke empat buah rumah, berapa banyak kalori disumbat masuk ke dalam tubuh? Seorang lelaki dewasa disarankan mengambil 2,000kkal sehari manakala wanita pula 1,500kkal sehari.

Tahukah anda segelas air bikarbonat sahaja mengandungi bilangan kalori sebanyak 130 dan segelas teh tarik pula 90? Sehari berapa gelas minuman ini diambil? Tidak hairanlah ramai yang mengadu berat badan bertambah pada hari raya. Anda yang masih ragu-ragu tentang nilai kalori makanan, kami senaraikan 10 makanan utama yang sering dihidangkan di rumah terbuka dan nilai kalorinya buat panduan kita bersama. Pesanan kami, congak-congaklah nilai kalori sebelum menceduk makanan masuk ke pinggan.

Ketupat

1 biji ketupat (80g) = 88 kalori
1 biji ketupat palas (80g) =124 kalori
5 potongan kecil nasi himpit = 220 kalori

Lemang

1 potong lemang = 100 kalori

Mi Dan Soto

1 mangkuk mi kari = 530 kalori
1 mangkuk mi rebus = 420 kalori
1 mangkuk bihun sup = 150 kalori
1 pinggan kecil bihun goreng = 295 kalori
1 mangkuk soto ayam = 520 kalori

Rendang

2 ketul kecil rendang ayam = 100 kalori
2 ketul kecil rendang daging = 130 kalori
2 sudu makan rendang kerang = 130 kalori
1 ketul kecil rendang Tok = 40 kalori

Laksa

1 mangkuk laksa Johor = 330 kalori
1 mangkuk laksa Kelantan = 320 kalori
1 mangkuk laksa Penang = 240 kalori
1 mangkuk laksa Sarawak = 320 kalori
1 mangkuk laksa Terengganu = 440 kalori
1 mangkuk laksam= 300 kalori

Kuah Kacang

1 senduk kuah kacang (50g) = 130 kalori

Sate

5 cucuk sate ayam = 200 kalori
5 cucuk sate daging = 190 kalori

Lontong Dengan Sayur Lodeh

1 mangkuk = 260 kalori

Roti Jala Dan Kuah Kari

3 keping roti jala = 70 kalori

Nasi

1 pinggan nasi dagang dengan kari ayam dan acar sayur = 510 kalori
1 pinggan nasi kerabu dengan solok lada, telur masin, budu dan ulam-ulaman = 310 kalori
1 pinggan nasi tomato dengan ayam masak merah = 420 kalori

Sumber: www.moh.gov.my dan kevinzahri.com

 
 
Comments