CLOSE
CLOSE

Plug-in: Kami Uji Kamera Galaxy S9 Plus Di Melaka Dan Ini Hasilnya

Telefon pintar pertama dilengkapi 'variable aperture'.


  • Share:

Plug-in: Kami Uji Kamera Galaxy S9 Plus Di Melaka Dan Ini Hasilnya
Antara hasil gambar yang diambil menerusi Samsung Galaxy S9 Plus. (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Setiap kali tibanya telefon pintar baru, aspek kualiti kamera pastinya yang dititikberatkan pengguna.
 
Besar manakah saiz megapixel tersebut atau sejauh mana saiz apertur lensa boleh dibuka. Semuanya diambil kira oleh pengguna.

Malah markah diberikan oleh laman ujian kamera iaitu Dxomark juga turut diberi perhatian oleh pengguna.
 
Untuk rekod, Galaxy S9 Plus memegang takhta lensa telefon pintar yang mempunyai saiz apetur terbesar setakat ini iaitu sehingga f/1.5.
 
Bukan saja itu, kamera telefon ini juga adalah yang pertama mendarat di pasaran menggunakan pelarasan aperture atau ‘variable aperture’.
 
Lensa 12 Megapixel (MP) utamanya boleh dilaras daripada f/2.4 hingga ke f/1.5. Lensa kedua juga 12MP dengan apert f/2.4 digunakan untuk untuk keupayaan 2 kali zum.

Penyelarasan lensa bertindak seperti mata anda. Inilah konsep 'variable aperture'.
Jadi apakah maksud penyelarasan ini dan adakah ia menghasilkan kualiti imej berbeza?
 
Secara teorinya, apertur f/2.4 digunakan untuk keadaan normal yang mempunyai sumber cahaya yang cukup. Imej dihasilkan lebih tajam.
 
Bagi f/1.5 pula, apertur ini akan digunakan ketika kurang cahaya terutama pada waktu malam.
 
Saiz lensa dibuka seluas-luasnya untuk membenarkan cahaya masuk, sekali gus menjadikan imej lebih terang dan kurang ‘noise’.
 
Namun itu hanya berdasarkan teori.
 
Bagi menguji sejauh mana kamera S9 Plus ini boleh digunakan dalam kehidupan seharian anda, penulis cuba menguji kamera ini di Melaka.
  
PENGGAMBARAN OUTDOOR
 
Hasil imej yang tajam dan warna yang seimbang.
Untuk ujian pertama ini, penulis membuat keputusan untuk berkunjung ke kawasan bersejarah A'Famosa.
 
Dengan cuaca yang sedikit panas, sumber cahaya pastinya cukup untuk mengambil imej secara lebih terperinci.
 
Hasilnya, gambar kelihatan tajam dengan warna yang tidak terlalu jauh daripada warna asal. Tidak seperti model-model sebelumnya yang menghasilkan warna berlebihan.

Gambar 'indoor' juga diambil menggunakan f/2.4
Seperti yang dijangka kebanyakan gambar diambil menggunakan apertur f/2.4.
 
Warna dan kontras juga baik terutama pada penggambaran bercahaya terik.

Hasil warna yang tidak 'over saturated' memudahkan pengguna untuk membuat suntingan.
 
HASIL MAKRO MENGAGUMKAN

Tidak perlu menggunakan 'live focus' jika mengambil objek dekat.
Apabila membicarakan mengenai apertur, kesan pengaburan pada bahagian ‘background’ juga turut berkait rapat.
 
Dengan saiz apertur yang besar, kesan bokeh semula jadi adalah lebih baik.
 
Penulis cuba mengambil gambar bunga ini dan anda boleh lihat keaslian bokeh yang dihasilkan. Efek bulatan yang dihasilkan secara semula jadi daripada lensa ini amat cantik.
 
Bagi penggambaran jarak dekat sebegini, anda tidak perlu menggunakan fungsi ‘live focus’. Hanya perlu halakan lensa terus kepada subjek dan ‘snap’!
 
'LOW LIGHT' MENJADI KEKUATAN S9 PLUS
 
Kadar 'noise' yang rendah pada gambar ini amat mengagumkan.
Samsung sememangnya menyerlah dalam aspek 'low light' ini sejak beberapa tahun lalu lagi.
 
Malah, seperti yang dijangka kamera akan menyelaras secara automatik daripada f/2.4 kepada f/1.5.
 
Hampir kesemua gambar gelap ini diambil menggunakan apertur f/1.5
 
Seperti anda boleh lihat contoh gambar ini, imej dihasilkan masih tajam biarpun kekurangan sumber cahaya.

Seriously guys, dalam bilik ini amat gelap.
Satu tips untuk penggambaran seperti ini, anda cuba elakkan mengambil objek yang bergerak atau hasilnya akan menjadi kabur.

BOKEH DAN LENSA ZUM ANTARA TERBAIK

Perbandingan antara jarak biasa dan dua kali zum.
Samsung Galaxy S9 Plus adalah peranti ‘flagship’ kedua daripada Samsung yang menggunakan dua lensa.
 
Selain berfungsi untuk menghasilkan ‘bokeh’ , ia juga berfungsi untuk telephoto atau zum sebanyak dua kali.
 
Bagi penulis, fungsi zum amat berguna untuk tugasan yang memerlukan anda mengambil gambar.
 
Gambar yang diambil menerusi lensa kedua ini cukup tajam dan tidak kabur. Memadai untuk dimuat naik terus ke media sosial.
 
Disebabkan lensa ini turut mempunyai Optical Image Stabilizer (OIS), anda tidak perlu bimbang dengan kualiti imej yang bergoyang.

Sementara itu, kualiti ‘bokeh’ menerusi fungsi live focus juga agak bagus.
 
Kamera boleh mengesan subjek 1 hingga 1.5 meter bagi menghasilkan efek yang asli.
 
Hasilnya, kamera berjaya mengasingkan subjek dengan latar belakang dengan amat baik sekali.
 
Kesan bokeh yang agak kemas!
Jika dibandingkan dengan peranti ‘flagship’ jenama lain, bokeh S9 Plus ini boleh dikatakan agak baik.
 
Akan tetapi, masalah sering dihadapi S9 Plus ini adalah ‘overexpose’ pada cahaya dibelakang subjek.
 
Anda boleh lihat langit di belakang model ini telah diterangkan secara berlebihan. Bagaimanpun masalah ini boleh diselesaikan dengan mencari sudut berlainan. 
 
Bagaimanapun jika ada zum pada rambut model ini, hasilnya amat baik!
 
SLOW-MO 960 FPS
 
Sedikit latihan diperlukan bagi memastikan aksi yang mahu diambil tidak terlepas.
Bagi fungsi gerak perlahan ini, kualiti yang dihasilkan boleh dianggap masih ‘hijau’.
 
Keupayaan merekod sebanyak 960 fps memang mengagumkan, namun kualiti video yang hanya sekadar 720p membuatkan ia tidak sempurna.
 
Anda memerlukan sumber cahaya yang amat terang untuk mendapatkan hasil slow-mo yang kurang 'noise'.
 
Selain itu, fungsi tetapan untuk merekod slow-mo juga harus difahami dahulu. Jika tidak, kebarangkalian untuk terlepas rekod itu amat tinggi.
 
Biarpun sensor boleh mengambil slow-mo secara automatik, namun ia tidak selalunya menjalankan tugas dengan tepat.
 
Anda boleh lihat contoh slow-mo ini di YouTube Rojak Daily.

KAMERA DEPAN BAGI PENGGEMAR SWAFOTO

Sudut yang diambil juga agak lebar.
Bagi keupayaan swafoto pula, kamera ini dilengkapi sensor 8 MP dengan keupayaan auto fokus. Fungsi ini nampaknya kekal sebagai fungsi unik bagi model Samsung.

Gambar dihasilkan agak terang dan warnanya pula agak 'punchy'. 

Anda juga boleh dapatkan efek bokeh dengan 'Selfie Focus'.

KAMERA TERBAIK KETIKA INI

Antaramuka kamera mudah dan turut mempunyai fungsi AR Emoji jika anda menyukainya.
Secara keseluruhannya kualiti kamera Galaxy S9 Plus ini amat baik. Bukan hanya bagus untuk pengguna biasa, malah turut sesuai untuk golongan profesional.
 
Pilihan pro yang tersedia juga membolehkan anda menerokai keupayaan kamera ke tahap lebih tinggi.
 
Aspek video juga amat baik kerana ia mampu merekod resolusi 4K dengan kadar 60 fps.

Sehingga artikel ini ditulis, Galaxy S9 Plus boleh dikatakan peranti yang mempunyai kamera terbaik di pasaran. 
 
Jangka hayat bateri juga memadai untuk penggunaan tidak terlalu berat.
 
Kadar ‘Screen On Time’ atau SOT pula sekitar 3 hingga 4 jam.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top