CLOSE
CLOSE

[VIDEO] Bapa Bawa Anak Terjun Tali Hayun Dikecam Netizen

Ramai rakyat Malaysia yang 'caring'.


  • Share:

[VIDEO] Bapa Bawa Anak Terjun Tali Hayun Dikecam Netizen
Foto: Zaini Hashim

Kuala Kubu Bharu sememangnya terkenal di dalam kalangan penggemar sukan ekstrem kerana ia menarik perhatian penggemar sukan panjat bukit, 'sky jump', 'water rafting' dan yang terkini, aktiviti 'ropeswing' atau tali hayun. 

 

Menerusi laman Facebook Siakap Keli semalam tular satu video seorang bapa melakukan aktiviti tali hayun bersama anak lelakinya.Video berdurasi satu minit 37 saat itu telah mendapat satu juta tontonan dan boleh buat anda kecut perut.

Dikendalikan oleh penganjur sukan ekstrem tali hayun bertauliah, Rentas Adventures, aksi lelaki yang terjun bersama anak lelakinya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan isu keselamatan dimana hanya si bapa yang memakai topi keledar keselamatan dan tidak pada anaknya. Risiko memang ada tapi kami yakin Rentas Adventures tahu prosedur keselamatan yang sepatutnya dan bersiap sedia jika ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Tidak kurang juga ada yang memberikan sokongan terhadap aktiviti ini dimana memberi pendedahan ekstrem pada usia anak sebegitu boleh memberikan kekuatan mental. Jadi, apa pula pendapat anda?


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top