Selepas Brinchang, Bayi Ini Jelajah Gunung Merbabu Pula!

Ekspedisi bayi ini bersama ibu bapanya sering menarik perhatian netizen.


  • Share:

Selepas Brinchang, Bayi Ini Jelajah Gunung Merbabu Pula!
Comel bukan? Tanpa banyak ragam, Noah dilihat lebih menikmati perjalanan sepanjang pendakian. (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Beberapa bulan lalu, bayi ini mencetuskan perbualan ramai apabila mula menjelajah Gunung Brinchang pada usia enam bulan.
 
Kisahnya itu hangat diperkatakan netizen kerana memikirkan usianya yang masih kecil.
 
Ada yang mengkritik tetapi tidak kurang juga yang menyokong tindakan ibu bapa bayi tersebut.
 
Namun, kisah terbabit sudah pun berlalu hampir lima bulan dan Noah Hannan kini sudah menjangkau usia 11 bulan.
 
Malah, dalam tempoh lima bulan itu juga bayi ini telah menjelajah beberapa kawasan bersama bapanya, Murshid Maktar, 31.
 
Noah telah menjejakkan diri di Gunung Irau, Bukit Batu Putih dan Peak Garden Setia Alam sebanyak dua kali serta beberapa gunung lain.

JELAJAH LAGI
 
Gelagat Noah di tempat perkhemahan di Pos 3.
Minggu lalu pula, anda mungkin tidak percaya Noah telah dibawa ke Gunung Merbabu Jaya Indonesia oleh Murshid dan isterinya.
 
Untuk makluman, Gunung Merbabu adalah salah satu gunung Jawa Tengah yang memiliki pemandangan alam yang sangat mempesona dengan ketinggian puncaknya mencapai 3,142 meter.
 
Gunung ini mempunyai beberapa 'check point' atau dikenali sebagai pos 1, pos 2, pos 3.
 
Perjalanan Noah bersama ibu bapanya itu bermula pada 9 Mac lalu dan mereka sekeluarga mula mendaki pada jam 6 petang.
 
Menariknya, Noah tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang janggal atau tidak selesa.
 
Malah, Noah seperti biasa seakan menikmati pemandangan di kawasan pergunungan.

Gelagat Noah yang langsung tidak kekok, malah seakan menikmati aktiviti bersama pendaki lain. 
Mereka kemudian melepasi pos 1 dan 2 sebelum tiba pada pos 3 iaitu di ‘campsite’ atau tempat perkhemahan pada jam 9 malam iaitu kira-kira selepas tiga jam perjalanan.
 
Jelas Murshid, ketinggian pada pos ketiga yang turut dikenali sebagai ‘Pos Tiga Batu Tulis’ adalah setinggi 2,593 meter.
 
Ketika tiba di khemah, Noah bermain dengan pendaki lain sebelum kemudiannya masuk tidur.
 
Menurut Murshid, dia tidak membawa Noah dan isterinya ke puncak atas faktor keadaan di puncak terbabit. Disebabkan itu, Noah dan isterinya isterinya tinggal di pos 3 bersama ‘porter’ tempatan dan beberapa pendaki lain.
 
“Saya memulakan perjalanan ke puncak pada jam 4 pagi dan tiba semula di ‘campsite’ pada jam  9 pagi.
 
“Saya kemudian turun ke bawah pada jam 1 petang,” katanya kepada Rojak Daily Skop!.
 
Hari berikutnya pula Murshid menyambung perjalanan ke Gunung Merapi sebelum menamatkan ekspedisi berkenaan.

TIADA MASALAH BAWA BAYI

Pemandangan indah ketika memulakan pendakian. 
Ditanya mengenai perlatan yang dibawa ketika mendaki bersama keluarga, Murshid memberitahu dia membawa peralatan lengkap termasuk khemah, ‘sleeping mat, sleeping bag' dan lampu suluh.
 
Selain itu, ubat selesema, ubat batuk, ubat demam, 'warmer pack', minyak panas, veseline, 'emergency blanket' turut dibawa.
 
Bagi keperluan bayi pula, dia dan isterinya sentiasa bersiap sedia dengan membawa barang seperti botol susu, thermos, biskut dan makananan bayi.
 
Selain itu barang mainan, bantal busuk, baju lengan panjang dan tebal, topi, stokin, ‘baby carrier’ juga dibawa sekirnya diperlukan ketika kecemasan.
 
Menurut Murshid, tiada masalah untuk membawa bayi ke mana-mana kawasan pergunungan.
 
Namun, ibu bapa terlebih dahulu memgenal pasti keadaan atau cuaca gunung berkenaan.

Murshid di puncak Gunung Merapi.
Tambahnya, ibu bapa perlu melakukan perancangan rapi. Mereka perlu kenali tempat, cuaca dan juga persekitaran tempat pendakian sebelum memulakan perancangan mendaki bersama anak.
 
Bukan semua gunung sesuai untuk kanak-kanak contohnya, gunung merapi kerana gunung berkenaan berdebu dan mempunyai bau sulfur kuat yang sangat berbeza berbanding gunung merbabu yang penuh dengan kehijauan.
 
Sebenarnya, banyak lagi gambar menarik keluarga ini. Jika anda ingin lihat kesemuanya boleh tengok di Instagram Noah Hannan.

Comel betul Noah! Rileks je di belakang ayahnya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top