'Colors' Nyanyian Jason Derulo Terpilih Lagu Tema Piala Dunia 2018

Lagu ini diinspirasikan daripada semangat kesukanan peminat bola sepak seluruh negara.


  • Share:

'Colors' Nyanyian Jason Derulo Terpilih Lagu Tema Piala Dunia 2018
Foto: Getty Images dan FIFA

Anda dah sedia untuk Piala Dunia 2018 bermula 14 Jun ini di Rusia? Untuk menambah keterujaan anda, lagu tema bagi Piala Dunia 2018 sudah dipilih iaitu Colors nyanyian Jason Derulo. Pertama kali dengar, boleh buat anda bergoyang bahu.

 

Menurut penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) ini, “kerja-kerja mencipta lagu dengan Coca-Cola cukup menyenangkan. Diberi penghormatan untuk mencipta dan menyanyikan lagu tema bagi acara sukan terbesar dunia ini cukup bermakna bagi saya.”

 

“Sepanjang bila saya mengembara, saya dapat melihat kecantikan setiap budaya yang ada di setiap negara. Dari situlah saya mendapat inspirasi untuk menulis ‘Colors’ dimana ia meraikan kepelbagaian dan semangat kesukanan dan kebanggaan segenap peminat sukan bola sepak di seluruh dunia”, jelas Jason Derulo di dalam kenyataan media.

 

Lagu ‘Colors’ ini telah dipilih oleh Coca-Cola sebagai lagu rasmi Piala Dunia 2018. Terdahulu, lagu tema Piala Dunia terdiri daripada ‘Dar um Jeito’ (We Will Find a Way)” menampilkan Carlos Santana, Wyclef Jean dan Avicii serta ‘Waka-Waka’ nyanyian Shakira pada tahun 2010.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top