5 Cara Ini Boleh Jadikan Punggung Wanita Lebih Menawan

Penjagaan dari aspek akitiviti dan pemakanan sangat penting untuk mencapai impian ini.


  • Share:

5 Cara Ini Boleh Jadikan Punggung Wanita Lebih Menawan
Wanita jangan terlalu yakin dengan hanya melakukan satu jenis senaman sahaja untuk mendapatikan bentuk punggung yang menawan. (Gambar: nanaalhaleq - Instagram)
Bentuk tubuh yang menggiurkan dan pinggul yang mantap sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Boleh dikatakan, punggung wanita adalah salah satu daya penarik hebat di mata lelaki. 

Meskipun majoriti golongan wanita berasa malu untuk berbicara soal ini tetapi jauh di dalam sudut hati mereka, perasaan teringin dan cemburu melihat punggung wanita lain yang lebih cantik sebenarnya menjadi idaman mereka juga.

Secara ringkasnya, merujuk pada fakta kesihatan menyatakan punggung mempunyai tiga otot utama iaitu gluteus maximus, medius gluteus dan gluteus minimus. 

Fungsi otot adalah untuk membantu menggerakkan kaki ke semua arah dan menguatkan pinggang, paha dan punggung. Senaman yang menggerakkan otot ini sangat bagus untuk mendapatkan punggung mantap.

Di sini, Rojak Daily Skop! kongsikan lima cara mudah untuk wanita mendapatkan punggung idaman:

1. Squat

Senaman ini bagus untuk mendapatkan punggung yang bulat dan menguatkan otot paha serta pinggul. Ia juga mampu memperkuatkan otot di bahagian perut. Berdiri dengan kaki terpisah, lalu secara perlahan turunkan pinggul anda. Tapi, pastikan lutut tidak ikut bergerak melebihi jarak kaki anda.

2. Plank

Senaman Plank akan membina otot perut dan punggung. Cara paling berkesan untuk menaikkan punggung ialah dengan menyilangkan kaki. Lakukan setiap set selama satu minit dan tukar silangan kaki.

3. Lunges

Antara senaman yang mudah dilakukan untuk mendapatkan punggung menawan adalah dengan melakukan lunges.

Ini antara senaman paling popular untuk mencantikkan punggung. Namun, jangan terlalu yakin dengan hanya melakukan satu jenis senaman sahaja. Jauhkan kaki sejajar antara satu sama lain.

Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, kemudian perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan dan kembali ke posisi asal dan lakukan pergerakan tadi untuk kaki kiri pula.

4. Wall Sit

Ini antara senaman paling mudah yang anda boleh lakukan di rumah. Hanya bersandar pada dinding dalam keadaan separuh mencangkung. Senaman ini bagus untuk punggung dan menguatkan paha. Tahan selama mungkin yang anda mampu.

5. Mengangkat punggung

Senaman ini paling menyeronokkan kerana anda hanya perlu baring, bengkokkan lutut dan angkat punggung. Ketika mengangkat punggung tahan selama 30 saat untuk kesan lebih cepat. Kesannya, punggung anda akan jadi bulat seperti Kim Kardashian!

Selain melakukan rutin senaman secara konsisten, anda juga perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat pada setiap hari.

Kekyu yang juga aktivis gaya hidup sihat turut berkongsi 'tips' bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan pada masa sama, mampu meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan menerusi laman sesawangnya, yayansmum.com.
  1. Jangan mengambil hidangan yang terlalu berat ketika sarapan. Anda boleh cuba mengambil sarapan dengan segelas susu rendah lemak dan semangkuk bijirin. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untu membakar kalori setiap hari.
  2. Bahagikan waktu makan kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam manakala dua lagi untuk snek ringan.
  3. Mulakan program 10,000 langkah sehari, lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika inginkan yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.
  4. Elakkan makanan pedas. Pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, elakkan makanan ini sama sekali.
  5. Hati-hati pada waktu petang lebih-lebih lagi sekitar jam 4.30 petang kerana pada waktu ini adalah paling bahaya untuk mengambil hidangan snek. Kadar tenaga berada pada tahap paling rendah dan jika anda mengambil snek bergula, pastikan anda melakukan senaman naik turun tangga selama lima minit.
  6. Elakkan memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian punggung! Seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung bukan membuatkan punggung nampak menonjol tetapi bentuk punggung akan menjadi tidak rata.
  7. Berat badan berlebihan boleh mempengaruhi bentuk punggung kerana lemak akan menutupi otot dan membuat punggung menjadi melorot. Oleh itu atur pola pemakanan yang sihat dengan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh menyingkirkan lemak berlebihan.
  8. Elak duduk terlalu lama hingga beberapa jam dalam satu masa. Tabiat duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top