CLOSE
CLOSE

MBO Cinemas Perkenal 'KECIL' - Panggung Khas Untuk Kanak-Kanak

Bayi boleh menangis sesuka hati di dalam panggung khas ini.


  • Share:

MBO Cinemas Perkenal 'KECIL' - Panggung Khas Untuk Kanak-Kanak

Buat ibu bapa yang gusar mahu membawa anak kecil menonton wayang, kini MBO Cinemas memperkenalkan sebuah panggung khas untuk kanak-kanak yang dipanggil 'KECIL'. 

Panggung berwarna-warni khas untuk kanak-kanak.

Berkonsepkan ceria dan berwarna-warni, panggung 'KECIL' menampilkan pelbagai ciri-ciri mesra kanak-kanak seperti panggung yang cerah, audio yang lebih perlahan, sofa katil, beanie, taman permainan mini serta ruangan menukar lampin

 Ruang taman permainan mini.

Antara MBO Cinemas yang menawarkan panggung khas 'KECIL' ini adalah MBO Cinemas Square One Batu PahatMBO Cinemas Falim Ipoh, MBO Cinemas Kuantan City Mall dan MBO Cinemas The Starling, Petaling Jaya. 

 Saofa katil yang selesa untuk ibu bapa dan anak.

Sambil ditemani ibu bapa, di dalam panggung ini juga, kanak-kanak boleh menjerit dan berkongsi kegembiraan semasa menonton wayang, buat kawan baru, bermain di kawasan taman permainan serta berjalan-jalan di dalam sekitar panggung semasa filem ditayangkan. 

 Keseronokan berganda di panggung KECIL MBO Cinemas.

Tiket boleh didapati seperti biasa di www.mbocinemas.com, aplikasi MBO Cinemas serta di MBO Cinemas tertera di atas. Selamat berseronok!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top