CLOSE
CLOSE

Jenama 'GAP' Ucap Selamat Tinggal, Bakal Tutup Operasi Di Malaysia

Tidak mampu bersaing dengan jenama Uniqlo dan H&M.


  • Share:

Jenama 'GAP' Ucap Selamat Tinggal, Bakal Tutup Operasi Di Malaysia
Foto: Facebook/@gapmalaysia

Jenama fesyen terkemuka Amerika Syarikat, Gap akan melabuhkan operasi jenamanya di Malaysia dengan penutupan butik Gap di The Gardens.

Notis penutupan di The Gardens.

Terdahulu, dua butik Gap Pavilion dan Queensbay Mall telah pun ditutup. Membuat pengumuman di laman Facebook rasmi mereka, penutupan ini turut melibatkan GapKids

 Dua cawangan telah pun ditutup minggu ini.

Gap mahu menutup lebih 200 butik di seluruh dunia yang ‘tidak menguntungkan’ termasuk di Malaysia. Penutupan ini bertujuan untuk mengimbangkan pasaran Gap di seluruh dunia.

 

Sebagai tanda penghargaan kepada semua peminatnya di Malaysia, Gap mengadakan jualan murah sehingga 80% di dua cawangan mereka iaitu di Pavilion dan One Utama.

 Jualan murah sehingga 80%25.

Persaingan antara jenama lain seperti Uniqlo dan H&M juga turut menyumbang kepada penutupan butik Gap di Malaysia.

 

Gap Inc akan mula mengembangkan pasaran jenama Old Navy dan Athleta yang ternyata lebih mampu milik dan laku dimana butik Old Navy ini sudah mula berada di One Utama. 

 

Sumber: The Vocket


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top