CLOSE
CLOSE

Sistem Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang, Wajah Anda Adalah Pasport Anda

Urusan penerbangan anda jadi lebih mudah dan lancar.


  • Share:

Sistem Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang, Wajah Anda Adalah Pasport Anda
Foto: Instagram/@airasia dan @aireenomar

AirAsia telah melancarkan Fast Airport Clearance Experience System (FACES), sistem pengecaman wajah dan pintu perlepasan sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru semalam, menjadikannya syarikat penerbangan pertama di Asia yang menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar bermula daripada saat mendaftar masuk hingga perlepasan dengan teknologi pengecaman wajah berasaskan biometrik. 

 

Dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh AirAsia, FACES menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti tetamu yang telah berdaftar di pintu perlepasan sendiri, membolehkan mereka menaiki penerbangan mereka tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen perjalanan. 

 AirAsia melancarkan  Fast Airport Clearance Experience System (FACES) semalam.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X berkata, “Lapangan terbang kadang-kala menyulitkan proses sebelum penerbangan. Jadi FACES menandakan usaha terbaru kami untuk menjadikan pengalaman sebelum penerbangan lebih lancar menggunakan teknologi biometrik yang canggih untuk mengesahkan identiti para tetamu. Dengan FACES, wajah anda adalah pasport anda, jadi menaiki penerbangan lebih mudah dan lancar." 

 

Para tetamu yang ingin merasai pengalaman menggunakan FACES boleh mendaftar di kiosk pendaftaran yang terletak di kawasan kiosk daftar masuk sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Tetamu hanya perlu meletakkan MyKad atau pasport bercip mereka di kiosk tersebut untuk mendaftar dokumen dan memandang kamera untuk mendapatkan token biometrik mereka.

 

Tersedia untuk tetamu berumur 18 tahun ke atas, proses pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja, dan tetamu boleh menggunakan pintu perlepasan sendiri AirAsia untuk semua penerbangan selagi dokumen mereka masih sah.

 

Sekiranya dokumen tersebut telah tamat tempoh, tetamu perlu mengemas kini rekod pendaftaran menggunakan dokumen sah yang baharu. Para tetamu yang telah mendaftar juga akan mendapat manfaat seperti melalui proses pemeriksaan keselamatan dan menaiki penerbangan dengan lebih lancar. 

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top