Rojak Daily Logo

Khidmat Masyarakat Rojak Daily

0
comments
Khidmat Masyarakat Rojak Daily
Menyiapkan juadah berbuka untuk diedarkan.
Menyampaikan juadah berbuka kepada pegawai-pegawai bomba | Rojak Daily
Menyampaikan juadah berbuka kepada pegawai-pegawai bomba

Hari kedua Ramadhan membuka ruang kepada kami di Rojak Daily untuk memberikan masa yang terluang sebagai satu tugas khidmat masyarakat.

Membahagikan diri kepada tiga pasukan, kami ke Balai Polis dan Balai Bomba di Subang Jaya, juga ke Hentian Bas Jalan Duta dan terakhir di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk mengagihkan juadah berbuka puasa.Tujuan utama adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang mungkin tidak sempat untuk pulang berbuka kerana perlu bertugas di saat orang lain sedang menikmati juadah berbuka bersama keluarga.

KL Sentral| Rojak Daily
Juadah untuk petugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur

Tidak Mengira Bangsa

Menurut Amresh S Jessy, Pengurus Editor Rojak Daily,"Idea ini datang bila kami fikirkan bahawa ada mereka yang terpaksa bertugas ketika waktu berbuka. Jadi, kami ingin memberi peluang kepada mereka untuk berbuka dengan hidangan yang lengkap walaupun tanpa keluarga di sisi."

Tambah beliau lagi, pasukan editorial Rojak Daily yang terdiri daripada pelbagai kaum berasa gembira dapat memberikan masa yang ada kepada umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa. Itulah keistimewaan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

 
 
Comments