CLOSE
CLOSE

Gadis Ini Kongsi Tips Rakam Gambar Sendiri Ketika Kembara Solo

Boleh guna tips ini jika rakan travel anda tak pandai ambil gambar!


  • Share:

Gadis Ini Kongsi Tips Rakam Gambar Sendiri Ketika Kembara Solo
Foto: Yoon Hee

Kembara solo bukanlah sesuatu yang baru. Sama ada lelaki mahupun wanita, kembara solo sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang berani. Dikala mengembara, setiap detik harus dijadikan kenangan. Tapi apabila kembara solo, adakah mengambil gambar sendiri itu satu halangan? Atau suruh sahaja orang yang lalu-lalang untuk mengambil gambar anda?

 

Menerusi satu perkongsian gadis bernama Yoon Hee, seorang pengembara solo, dia berikan tips untuk anda cuba ambil gambar sendiri dan hasilnya sangat cantik!

 

1. Peralatan

Kembara solo ke Australia.

Semua jenis kamera okay. Tapi saya gunakan GoPro Hero 4 silver yang berusia 3 tahun. Bersama 3 way pole sebagai tripod.

Kelebihan GoPro ialah kecil, boleh setting wide/narrow/medium sesuaikan dengan suasana. Jika Japan dan Korea saya tak perlukan sangat tripod sebab banyak tiang/pokok/tembok rata yang senang nak letak gopro sahaja.

Tapi di Australia, memang perlukan tripod. Sebab Australia tak banyak tiang/tembok rata. Aksesori tambahan lain, seperti gopro head strap dan body mount.

2. Setting

Gambar tetap cantik.

Banyak setting boleh guna. Tapi saya guna video+photo untuk rakam video dan capture photo dalam masa yang sama. Boleh setting capture photo setiap 5 saat.

Pastikan setting tu buat as default supaya kita boleh guna setting yang sama dan jimat masa. Jika saya guna kamera telefon, boleh guna timer/paling mudah guna remote (connect dengan bluetooth phone)

3. Tempat selamat untuk letak GoPro

Letak kamera di tempat rata.

Paling mudah kalau tempat tu tak ramai orang. Tapi kalau ramai, pilih spot yang tak ada siapa perasan.

Trick saya, saya letak atas tiang/tembok yang rata, klik dan act macam biasa. Jarang ada orang yang perasan kamera kecil di Australia. Jika ada pun, mereka akan hanya puji.

Masa di Blue Mountains, ada foreigner perasan kamera kecil saya. Dia puji trick tu sebab dia sendiri tak kan perasan pun.

Di Great Ocean Rd, paling ramai tourist. Tapi, ada spot saya berjaya capture sebab tak ada siapa perasan.

4. Yakin dan kreatif

Keyakinan jelas terpancar dari gambar.

Sepanjang saya rakam pengembaraan sendiri di Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Australia, apa yang penting ialah keyakinan.

Jika tak yakin dengan tempat tu, tak perlu ambil risiko. Tapi, saya akan cuba alternatif lain dengan cuba spot lain yang lebih selamat.

Kadang-kadang spot lain lebih cantik dan rare dari gambar-gambar yang biasa diambil. Kita boleh kreatif mengambil gambar sambil explore satu-satu tempat dari sisi lain.

Seperti di Sydney Opera House dan Sydney Habour, anda boleh dapat spot yang kurang ramai orang seperti di Milson Point. Gambar yang lebih style yang berlatar belakangkan Luna Park dan Habour Bridge.

5. Jadi diri sendiri

Just be yourself!

Walaupun gambar-gambar saya ambil sendiri tu dirancang, tapi semua gambar-gambar itu ialah 'real candid' yang merakam perasaan, emosi, gerak tubuh yang sebenar secara spontan semasa mengembara.

Saya sangat berpuas hati dengan hasil 'candid' yang natural setiap kali pulang dari pengembaraan.

Sumber: The Vocket


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top