Rojak Daily Logo

Kini Kucing Anda Juga Boleh Beraya Bersama dengan Baju Melayunya Tersendiri!

0
comments
Kini Kucing Anda Juga Boleh Beraya Bersama dengan Baju Melayunya Tersendiri!
Selamat Hari Raya, Meow! (Gambar: Meowku Shop, Kamariah Salam & Samsiah Suliman)
Sebagai seorang pencinta kucing, sudah pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut Aidilfitri bersama kucing tersayang, kan? Cuba bayangkan betapa comel kucing anda akan kelihatan menggayakan baju Melayu yang sedondon dengan anda di pagi Raya. #CatGoals sangat kan? Haha. Tapi, kadang-kadang pening nak cari saiz Baju Melayu yang sesuai dengan kucing kita. Ye lah, Tuhan ciptakan kita dalam pelbagai jenis rupa dan saiz sama juga seperti kucing. 

Trend kucing memakai baju Melayu ni memang dah lama sebenarnya. Tapi sejak beberapa hari yang lalu, post di laman Facebook ini yang memaparkan seekor kucing memakai baju Melayu menjadi viral dan mendapat sehingga hampir 20,000 shares! Wah, hebat kan? Jadi, apa yang best sangat pasal gambar tu sampai menjadi bualan hangat para netizens? Mari kita lihat reaksi mereka.
         
Gambar tersebut sebenarnya adalah dari Meowku Shop, sebuah kedai atas talian yang menjual barangan kucing. Mereka mengambil tempahan khas baju Melayu untuk kucing anda yang mengikut saiz badannya. Haa, sesiapa yang tengah runsing cari baju Melayu kucing tadi tu, boleh lah laju-laju kumpul duit dan tempah. Kini anda tak perlu bimbang kalau baju tu terketat ke, terlonggar ke, atau kena curi sebab kucing lain jealous ke, memang kucing anda je yang muat baju tu. Seronok kan? Rasa macam tak sabar pula nak sambut Raya.

Menurut pemilik Meowku Shop, Affan Aizat, beliau tidak menyangka yang gambar itu akan menjadi viral dalam masa beberapa jam sahaja. “Saya rasa terkejut, macam culture shock. Tiba-tiba je banyak pesanan yang masuk. Saya rasa lain macam dah. Bila saya periksa laman Facebook saya pada waktu itu, dah lebih 2,000 shares. Tak pernah-pernah perniagaan saya mendapat sambutan sebegini. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira”. Dek kerana sambutan memberangsangkan, beliau terpaksa menambah kuantiti tempahan baju Melayu kucing ini dari 10 helai kepada 30 helai untuk setiap tempahan yang dibuka.

Perniagaan yang dijalankan oleh tiga sekeluarga ini ternyata mendapat sambutan baik dari ramai peminat kucing di seluruh Malaysia. Idea untuk memulakan tempahan khas Baju Melayu kucing ini sebenarnya bermula pada tahun lalu tetapi hanya pada tahun ini beliau berkesempatan untuk merealisasikan impiannya.

Bagaimana pula agak-agaknya dengan kualiti baju tersebut ya? “Baju yang ditempah khas ini bukan lah readymade seperti di pasaran, bukan lah buatan China, ianya di buat oleh hasil tangan seorang ibu”, kata Affan yang mengakhiri perbualannya.

Kami dapat merasakan sesiapa yang menjalankan perniagaan baju Raya kucing pada tahun ini mesti jualan mereka akan meletup-letup! Ye lah, hati siapa yang tak cair bila melihat si comel memakai baju Melayu siap bersongkok lagi. Mungkin lepas ni, boleh lah mana-mana peniaga sponsor kami satu baju Melayu kucing dengan logo Rojak Daily kat depan. Barulah kucing kami boleh jadi maskot rasmi untuk Hari Raya nanti. Hehe. Apa-apapun, kami ucapkan semoga berjaya kepada semua peniaga di luar sana yang berusaha keras demi mencari rezeki yang halal di bulan yang mulia ini.
 
 
Comments