Rojak Daily Logo

Lima Pasar Karat Yang Perlu Anda Tuju

0
comments
Lima Pasar Karat Yang Perlu Anda Tuju
Lima Pasar Karat di Malaysia

Bagi peminat barangan rare dan antik, tempat-pempat ini adalah lokasi wajib anda kunjungi. Pasar karat amat sinonim dengan barang-barang second hand, antik, barang bundle dan tidak kurang juga yang menjual pakaian terkini dan lain-lain. Walaupun dibuka hanya di tepi kaki lima, namun harga barangannya mampu mencecah ribuan ringgit. Pasar-pasar ini bukan sebarangan pasar kerana anda boleh melakukan tawar menawar sekiranya anda berminat untuk membelinya. Namun pastikan anda betul-betul mahu membelinya sebelum membuat penawaran harga.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Banyak barangan antik mewah di sini. (kredit foto: YouTube)

Pasar Karat Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor

Dibuka sejak 1997. Peminat barangan antik boleh mendapatkan pelbagai koleksi kesayangan mereka di sini. Kebanyakan penjual datang dari serata Kuala Lumpur dan Selangor. Dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad, pasar karat ini terletak betul-betul di dalam bangunan Amcorp Mall yang bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Dua dalam satu. Pasar tani yang juga menjadi tapak pasar karat.

Pasar Tani Mega, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Dulu pasar ini dikenali sebagai Pasar Karat Shah Alam, pasar car boot akan tetapi kini ia lebih dikenali sebagai Pasar Tani Mega Shah Alam. Ia dibuka pada hari Ahad sahaja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Terletak di kawasan parkir kereta Stadium Melawati, pasar ini pastinya membuatkan anda sakit kaki kerana ia terlalu besar. Menjual pelbagai jenis barangan harian seperti ikan, sayur, baju, tudung, barang antik, baju bundle dan sebagainya, pasar ini turut menyediakan lokasi sarapan pagi untuk anda menjamu selera. Anda dinasihatkan membawa air masak kerana deretan kedai yang terlalu banyak pasti membuatkan anda cepat letih.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Pasar Karat Loken menjadi tumpuan peminat barangan antik dan koleksi peribadi.

Pasar Loken, Ipoh, Perak

Pasar karat ni memang banyak menjual barang antik. Terletak ditengah-tengah Bandaraya Ipoh, ia memang menjadi syurga buat peminat yang ingin menambah koleksi mereka. ‘Harta karun’ yang dijual ada yang mencecah puluhan hingga ribuan ringgit. Dan pastinya setiap koleksi barang yang dijual mampu menambat hati pengunjung walaupun sekadar mencuci mata sahaja.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Pasar Karat Rengit banyak menjual barangan terpakai dari negara jiran.

Pasar Rengit, Johor

Pasar ini adalah ‘syurga’ barang-barang second-hand diimport khas daripada Singapura. Sepanjang kawasan ini, para penjualnya memang penduduk asal kampung tersebut. Pasar ini lain dari pasar karat yang lain kerana barang yang diperoleh daripada Kota Singa. Ini adalah kerana rakyat Singapura suka menukar barangan rumah mereka setiap beberapa tahun selepas menggunakannya. Dari barangan rumah seperti perabut hingga ke barang antik, harga ditawarkan jauh lebih murah daripada harga asal.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Pasar Pagi Jalan Ibrahim yang turut dikenali sebagai Pasar Karat Batu Pahat.

Pasar Karat Batu Pahat, Johor

Dibuka pada hujung minggu, pasar ini tidak pernah lekang dengan peminatnya yang ingin mencari dan menambah koleksi peribadi mereka. Ada dikalangan penjual turut mengimport barang-barang tersebut daripada Singapura. Pasar ini dibuka setengah hari pada hari Ahad dan turut menjual pakaian bundle.

Sungguhpun begitu, masih banyak lagi pasar karat yang ada di setiap negeri yang boleh anda kunjungi. Bukan sekadar sebuah pasar, ia mampu jadi tempat gedung tambah ilmu barangan masa silam.

 
 
Comments