Kenali Bintang Ayat-Ayat Cinta 2, Tatjana Saphira Jelita Persis Gal Gadot

Kekasih hati pelakon Herjunot Ali dengan perbezaan umur 12 tahun.


  • Share:

Kenali Bintang Ayat-Ayat Cinta 2, Tatjana Saphira Jelita Persis Gal Gadot
Foto: Instagram/@tatjanasaphira

Nama Tatjana Saphira bukanlah baru dalam industri hiburan Indonesia. Jika di Malaysia, mungkin dia baru sahaja dikenali apabila melakonkan watak utama dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2) yang baru sahaja ditayangkan pada 11 Januari yang lalu.

 

Bagi anda yang baru pertama kali mengenali Tatjana yang membawakan watak Hulya dalam AAC2, ini info yang perlu anda tahu mengenainya.

 

1. Tatjana Saphira atau nama sebenarnya Tatjana Saphira Hartmann baru sahaja berusia 21 tahun. Dia berdarah kacukan Indonesia (ibu) dan Jerman (bapa).

 

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

2. Sebelum bergelar pelakon, Tatjana terlebih dahulu melakar kariernya sebagai seorang model dan pernah muncul sebagai model dalam muzik video Afgan dan Noah.

 

3. Memulakan langkah seninya dalam industri filem Indonesia pada tahun 2013, Tatjana mula dikenali menerusi filem Crazy Love, Get M4rried, Negeri Van Oranje, I Am Hope, Sweet 20 dan yang terbaru, Ayat-Ayat Cinta 2.

 

Teaser trailer #2 @sweet20movie 😍

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

4. Memasuki tahun ketiga berpacaran bersama pelakon dan DJ terkenal Indonesia, Herjunot Ali, mereka dilaporkan akan merancang untuk menuju ke gerbang perkahwinan oleh sebuah portal hiburan Indonesia. Herjunot Ali, lebih tua 12 tahun daripadanya.

 

My 🌈🌹💖

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

5. Bukan sahaja berbakat, kecantikan Tatjana turut melayakkannya menjadi duta Asus Indonesia dan berkesempatan bekerjasama dengan duta Asus Korea, Gong Yoo dalam sebuah iklan.

 

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

6. Wajah jelitanya mengingatkan kami pada pelakon utama filem superhero Wonder Woman. Bentuk wajahnya, ekspresinya, sama cantik seperti Gal Gadot. Pelanduk dua serupa mungkin?

 

Looking forward to the New Year..

A post shared by Gal Gadot (@gal_gadot) on

 

Mornings like this. Bonjour... ❤️ #WardahJourneywithTatjana

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

6. Citarasa fesyen dan stail Tatjana tidak perlu disangkal lagi. Biar pun masih muda, Tatjana sering menjadi perhatian jenama-jenama mewah terkemuka dunia dan dia pandai mengayakannya seiring usia mudanya. Dilihat dari foto-foto yang dimuat naik di laman Instagramnya yang kini mengutip 1.3 juta pengikut, dia lebih suka bereksperimen dengan gaya chic, kasual dan kadang-kala bold.

 

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

A post shared by Tatjana Saphira (@tatjanasaphira) on

 

7. Selain berlakon dan menjadi model, Tatjana turut mempunyai bakat menyanyi. Lihat sahaja video ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top