Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Suudu Logo
Back to top

12 Perkara Tentang Filem Ayat-Ayat Cinta 2 Yang Anda Perlu Tahu

Fahri dikelilingi ramai wanita jelita.

0
comments
12 Perkara Tentang Filem Ayat-Ayat Cinta 2 Yang Anda Perlu Tahu
Foto: Antenna Entertainments Sdn. Bhd.

Ayat-Ayat Cinta 2 merupakan filem sekual yang diterbitkan setelah 10 tahun filem pertamanya dihasilkan. Filem adaptasi novel sensasi karya Habiburrahman El Shirazy ini merupakan filem arahan Guntur Soehardjanto yang telah merangkul pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia. Filem ini telah berada di pawagam berhampiran anda 11 Januari 2018.

Jika anda mahu menonton filem ini, ini 12 perkara yang anda perlu tahu.

1. Menonton filem ini selepas membaca novel semestinya melancarkan banyak pemahaman. Ada bahagian yang terlompat namun masih dalam struktur yang bagus.

2. Fahri masih Fahri. Susuk kebaikan yang dibawa dari Ayat-Ayat Cinta diteruskan ke sini.

3. Mana yang merindukan lakonan bersahaja Fazura, inilah filemnya. Awal 2018 lagi dia sudah muncul sebagai penyeri kuat di dalam jalan cerita.

4. Sinematografinya boleh dipuji. Itu memang kelebihan filem-filem dari Indonesia, namun Ayat-Ayat Cinta 2 ini punya kelembutan dalam memberi sudut memandang yang cukup cantik.

5. Banyak kali diperlihatkan beberapa buku, malah perkataan dan ayat yang dipaparkan sebagai mesej. Sangat bagus dan memberi impak yang besar pada semua.

6. Momen Fahri dan Misbah di dalam masjid semasa skrip “Jangan Menipu Allah” adalah sesuatu yang paling berkesan sekali.

7. Jika kalian terfikir tiada wajah Negara Indonesia di dalam filem ini, boleh jadi. Namun, seperti yang Fahri katakan, Pancasilanya itu ada di hati.

8. Kebijasanaan Tuan Pengarah dalam meletakkan pelakon memang dipuji. Bront Palare melakonkan watak Yahudi jahat dengan cukup berkesan.

9. Plot Kiera (Chelsea Islan) yang mahu menikahi Fahri dalam rayuan dan ketidakwarasan atas janji, cantik sekali disusun.

10. Ada ramai wanita di dalam filem ini. Dan nyata, memilih mereka dalam melakonkan watak-watak disamping Fahri, adalah sebuah keindahan yang dibawa dari novel kepada sebuah filem agung.

11. Kita akan saling teringat momen hebat di dalam Ayat-Ayat Cinta kerana lagu dendangan Rossa sering kedengaran.

12. Nyatanya filem ini membawa kebaikan dalam memberi budi. Kejauhan kepada kejahatan, kemusnahan kepada kekejaman dan semestinya kecintaan terhadap cinta itu sendiri.


Sinopsis Ayat-Ayat Cinta 2:

Mengisahkan Fahri Abdullah (Fedi Nuril) yang hidup keseorangan di Edinburgh bersama pembantunya Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Fahri telah kehilangan isterinya Aisha yang dalam menjadi sukarelawan Gaza. Semenjak ketiadaan isterinya, Fahri hidup dalam kesedihan dan sering melakukan kesilapan yang membahayakan dirinya. Kehidupannya menjadi rumit dengan kehadiran saudara Aisha, Hulya yang menympan perasaan terhadap Fahri. Mampukah Fahri teguh pada cintanya yang agung kepada Aisha atau membuka hatinya untuk menerima cinta baru?
 
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

 
 
Comments