Rojak Daily Logo
Back to top

Arab Saudi Benarkan Wanitanya Masuk Ke Stadium Bagi Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak

Wanita Arab Saudi tidak dibenarkan terbabit dalam sukan.

0
comments
 Arab Saudi Benarkan Wanitanya Masuk Ke Stadium Bagi Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak
Foto: REUTERS/Faisal Al Nasser

Selepas membenarkan wanitanya memandu kenderaan baru-baru ini, Arab Saudi turut menarik balik larangan golongan wanita menyaksikan perlawanan bola sepak.

 

Stadium Arab Saudi akan membuka pintu kepada para wanitanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak untuk pertama kalinya minggu.

 

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Penerangan Arab Saudi, Perlawanan Al-Ahli menentang Al-Batin pada 12 Januari ini adalah yang pertama akan disaksikan golongan wanita di stadium itu.

 

Menerusi kenyataan itu juga, wanita wajar dibenarkan menghadiri pelawanan kedua pada hari berikutnya dan seterusnya pada 18 Januari.

 

Kelonggaran ini perlu digunakan sebaik mungkin dalam kalangan wanita negara Arab Saudi kerana perlawanan pertama itu akan berlangsung di Riyadh, kedua di Jeddah dan seterusnya di bandar Dammam.

 

Negara Arab Saudi sebelum ini telah melaksanakan pelbagai peraturan ketat terhadap wanita termasuk tidak dibenarkan terbabit dalam sukan.

 

Sumber: Mstar

 
 
Comments