Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tepi Sikit Tudung Bawal Dan Shawl, Remaja 14 Tahun Ini Keluarkan Jenama Tudung Sekolah Sendiri

Iman Safiyah mula berniaga sejak berusia 11 tahun.

0
comments
Tepi Sikit Tudung Bawal Dan Shawl, Remaja 14 Tahun Ini Keluarkan Jenama Tudung Sekolah Sendiri
Foto: Instagram/@imxn.safiyah

Disaat menemubual remaja ini, buat kami terdiam memikirkan apa yang kami buat pada usia 14 tahun. Mengeluarkan jenama tudung sekolah sendiri langsung tidak terlintas di fikiran kami tapi buat Iman Safiyah, dia terlebih dahulu memikirkan idea untuk mengeluarkan jenama tudung sekolah sendiri ketika masih bersekolah di tingkatan dua.

 

Anak bongsu dari empat beradik ini mendapat ilham untuk mengeluarkan tudung sekolah jenamanya sendiri setelah selalu mengalami masalah dengan tudung sekolah yang dipakainya ketika itu. Pelajar perempuan yang memakai tudung pasti faham kesukaran apabila tudung sekolah tidak terbentuk dengan elok.

 Pemilik Tudung Sekolah Iman Safiyah.

"Setiap kali Iman pakai tudung sekolah yang lama tu mesti ada masalah dan kadang-kadang Iman kena bersiap lebih awal. Di bahagian awning tudung sukar terbentuk dan bila Iman minta mama belikan spray pengeras awning, mama selalu lupa. Jadi dari situlah timbulnya idea nak keluarkan tudung sekolah sendiri", jelas Iman. Cita-citanya jadi realiti, jenama Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS) mula dikeluarkan pada November 2017.

 

Pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari ini menjual tudungnya secara atas talian menerusi laman Instagram, @empire.imansafiyah. Tambah Iman, "sebelum ada tudung sekolah ni, Iman jual tudung shawl dengan nama Airish Shawl. Lepas raya 2017, Iman jual tudung bawal dengan nama Belluna Bawal dan terbaru dari koleksi Iman Safiyah adalah tudung sekolah ni". Kedai atas talian Empire Imansafiyah telah didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada awal tahun 2017.

 Mula berniaga sejak berumur 11 tahun.

Hari pertama dilancarkan, sambutan yang diterima terhadap TSIS sangat menggalakkan kerana tudung sekolah ini hadir dalam pelbagai saiz seperti S,M dan L dan sesuai untuk semua pelajar sekolah. Iman tambah bertuah apabila mendapat sokongan total dari ibu bapa, adik-beradik, guru sekolah serta rakan-rakannya. "Masuk tahun persekolahan 2018 ni setiap hari ada tempahan masuk dan ramai yang ulang tempah", kata Iman lagi.

 
 

A post shared by • OFFICIAL • (@imxn.safiyah) on

Gemar menonton video di Youtube serta buat video di aplikasi Musically pada masa lapang, Instagram Iman, @imxn.safiyah kini mempunyai 285,000 pengikut manakala Instagram @empire.imansafiyah mempunyai 26,000 pengikut. Rahsia berjaya kumpul begitu ramai pengikut? "Tiada rahsia apa-apa, cuma Iman mula berniaga sejak Iman darjah lima dan masa tu Iman rajin buka booth. Ramai nak bergambar bersama dan mungkin dari situlah", tegasnya lagi.

 Mahu mengembangkan jenama TSIS.

Kini TSIS terdiri daripada tudung segitiga dua lapis dan Iman mahu mengembangkan TSIS dengan mengeluarkan tudung sekolah labuh untuk kawan-kawan yang bersekolah agama serta tudung sekolah bewarna biru, kuning, ungu dan hijau untuk keperluan sekolah. Menurut Iman lagi, "Misi Iman untuk TSIS adalah untuk terus memenuhi permintaan kawan-kawan dan pelanggan dan kalau boleh Iman nak tengok ramai pelajar sekolah rendah dan menengah memakai TSIS."

 
 
Comments