Rojak Daily Logo

Cantik Tanpa Kos Yang Tinggi?

0
comments
Cantik Tanpa Kos Yang Tinggi?
Tampil cantik secara semulajadi. (Gambar asal: www.islandfootclinics.com, health.liputan6.com, www.lifestylemunch.com, www.majalahberita.com dan www.india.com)

Petua tradisional sering menjadi pilihan kebanyakan wanita moden dalam menjaga kecantikan. Petua lama ini hanya menggunakan bahan semulajadi yang tentunya murah dan menjimatkan. Teknik yang digunakan juga selamat tetapi memerlukan usaha berterusan sebelum hasilnya dapat dilihat.

1) Ketiak, leher serta peha hitam & berbau

Gambar: kapursirieh.com

Masalah bawah lengan dan peha yang hitam tentunya merungsingkan terutama golongan wanita. Lebih-lebih lagi jika kawasan ini mengeluarkan bau yang kurang disenangi. Caranya, campurkan setengah camca teh kapur sirih dengan air perahan sebiji limau nipis. Lumurkan pada ketiak dan peha selepas mandi setiap malam. Ketiak dan peha anda bukan sahaja putih malah bau yang kurang enak juga hilang.

2) Menghilangkan jerawat, melembut serta menegangkan kulit

Gambar: tokeinfo.com

Kulit muka berjerawat, kusam dan kasar bukanlah sesuatu yang diidamkan. Pelbagai produk yang dijual di pasaran telah anda gunakan tetapi hasilnya kurang memberangsangkan. Amalkan membasuh muka dengan air basuhan beras (basuhan pertama dan kedua). Kemudian biarkannya kering dengan sendiri di muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Anda juga boleh menggunakan air basuhan beras yang telah diembunkan untuk hasil yang lebih memuaskan. Selain itu anda boleh mengisar timun atau tomato untuk dijadikan masker. Sapukan masker di seluruh wajah setiap malam. Biarkan seketika dan bilas.

3) Mencantikkan rambut

Gambar: www.bandofcats.com

Rambut merupakan mahkota wanita dan menjadi antara aset penting seorang lelaki. Rambut yang tidak terurus, berkelemumur atau berbau hapak pasti membuatkan rakan-rakan menjauh. Cuba atasinya dengan menggunakan santan yang mampu membantu melembut dan menyinarkan rambut serta mencegah kekeringan serta rambut pecah di hujung. Cara terbaik, masakkan santan terlebih dahulu sebelum disapu pada rambut. Biarkan seketika dan bilas.

4) Menghilangkan bau mulut

Gambar: www.lifehacker.com.au

Penampilan terjaga, berpakaian kemas dan lengkap dengan solekan tebal tetapi apabila berkata-kata, bau mulut yang terlalu busuk tentunya menjejaskan imej. Caranya, tumbuk lumat beberapa kuntum bunga cengkih dan gunakannya sebagai pengganti ubat gigi. Atau, anda boleh memasukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam segelas air, dan minum airnya dengan kerap sehingga bau mulut hilang.

5) Memutihkan gigi

Gambar: wwww.drashleymann.com

Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk merawat masalah gigi kuning. Anda boleh menggunakan arang sebagai salah satu cara. Caranya, ambil arang dan gosokkan pada gigi setiap pagi.

6) Tumit merekah

Gambar: www.all-about-bare-feet.com

Tumit merekah tentunya menjejaskan penampilan terutama wanita yang gemar menyarung kasut tinggi yang menampakkan sebahagian kaki. Selain menyapu madu dan menggosok tumit dengan batu sungai anda boleh mengaplikasikan minyak zaitun pada tumit bermasalah. Lakukannya setiap malam sebelum tidur, dan sarungkan stokin untuk kesan optima.

7) Bibir kering

Gambar: howfacecare.com

Bibir merah bak seludang tentunya impian setiap wanita. Minum air secukupnya dan aplikasikan pelembap bibir merupakan salah satu cara. Kaedah lain, oleskan madu setiap hari secara kerap dan biarkan madu itu kering di bibir anda. Pastikan juga anda mengoleskan madu setiap malam sebelum tidur untuk mempercepatkan kesannya.

8) Mengetatkan Miss V

Gambar: majakanimomo.blogspot.com

Para isteri dan ibu tentunya risau faraj yang semakin kendur dan kurang kenyal. Amalkan makan rebusan biji manjakani yang mempunyai rasa pahit tetapi berkesan dalam mengetatkan rahim wanita. Caranya, rendam biji manjakani semalaman dan rebusnya. Tos dan sedia untuk ditelan. Lakukan beberapa kali dalam sebulan.

9) Masalah keputihan, Miss V berbau dan gatal

Gambar: dailylatestgadget.com

Ambil beberapa helai daun sireh dan rendam dengan air suam. Ramaskan daun tersebut, tapi dan gunakan airnya untuk mencuci bahagian sulit anda.

10) Bau kaki memeningkan

Gambar: www.tanglewoodfootspecialists.com

Kaki berbau, dilema yang sering dialami mereka yang sering mengenakan kasut bertutup untuk tempoh masa lama. Masalah ini semakin serius jika mereka tidak mengenakan sebarang sarung kaki. Kaki berbau disebabkan tindakan balas antara bakteria dengan peluh. Atasinya dengan limau nipis atau teh. Caranya, rendam kaki di dalam sebekas air suam yang telah dicampur dengan limau nipis atau uncang teh. Gosokkan celahan jari dengan limau atau uncang teh selama kira-kira 20 minit. Setelah selesai, keringkan kaki anda. Lakukan kaedah ini dengan kerap untuk mengatasi masalah kaki berbau.

 
 
Comments