Rojak Daily Logo

7 Menu Wajib Beli di Bazar Ramadan

0
comments
7 Menu Wajib Beli di Bazar Ramadan
Semuanya lazat!

Kalau masa hari biasa, tengok dan lalu-lalang depan menu ini, macam tak teringin nak makan sangat. Tapi bila tiba bulan Ramadan, tiba-tiba tekak meronta mahu menikmati tujuh menu ini. Apakah senarai menu wajib beli jika anda ke bazar Ramadan?

1) Roti John


Gambar: www.carigold.com

Roti John paling mendapat sambutan bila kat bazar Ramadan. Paling klasik letak telur sahaja tetapi ada yang kreatif letak daging ayam, kambing, lembu mahupun rusa. Dicampur dengan pilihan sayur-sayuran, sos dan mayonis, semestinya mengenyangkan. Pilihan harga dari RM3.50 hingga RM5.

2) Air tebu

Gambar: vitdaily.com

Kalau hari biasa, air tebu taklah terlalu dinantikan tapi bila masuk sahaja bulan puasa, air tebu ni la yang paling menjadi kegilaan. Tambahan pula dapat air tebu yang baru lepas segar diproses dan tidak dicampur air batu. Bila azan sahaja, sensasi air tebu dicampur dingin ais memang menusuk kalbu!

3) Ayam percik


Gambar: nanisufi.blogspot.com

Ayam percik ada pelbagai jenis tapi yang begitu menarik perhatian kami sudah semestinya ayam percik Kelantan. Kuahnya bewarna putih dan ada sedikit rasa manis bergabung bersama ayam yang dipanggang. Menarik sungguh!

4) Tepung pelita


Gambar: hariraya.cari.com.my

Kuih ini kalau hari biasa jarang nak jumpa tapi bila tiba bulan Ramadan, merata-rata ada. Kebiasaanya dijual lima ketul untuk RM2. Dalamnya terasa air gula manis dan sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Ada juga kuih yang seakan-akan tepung pelita yang dipanggil kuih tako yang didalamnya diisikan dengan buah sengkuang.

5) Ayam golek


Gambar: www.vkeong.com

Ayam golek memang paling champion kalau di bazar Ramadan. Orang beratur tak payah cakap. Berapa ekor ayam boleh habis dalam sehari, tauke ayam golek pasti tersenyum lebar. Dapat pula kuah pencicah ayam golek yang manis pedas, memang terbaik!

6) Murtabak


Gambar: vitdaily.com

Samada murtabak ayam atau daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan ketika di bazar Ramadan. Keunikan murtabak terletak di ramuan isinya dan itulah yang menentukan sedap atau tidak sesebuah murtabak itu. Dipadankan dengan jeruk bawang atau kari, murtabak memang wajib ada ketika menu berbuka puasa.

7) Air mata kucing


Gambar: salimharmanain.blogspot.com

Bukan sahaja sedap, air mata kucing juga membantu untuk menyejukkan badan. Bayangkan air mata kucing berais dan penuh dengan isi buah di dalamnya, mungkin habis segelas baru nak capai makanan.

 
 
Comments