CLOSE
CLOSE

[VIDEO] Budak Tempuh Jambatan Berbahaya Untuk Ke Sekolah Tular

Dah masuk 2018 ni, semoga YB buat kerja cepat.


  • Share:

[VIDEO] Budak Tempuh Jambatan Berbahaya Untuk Ke Sekolah Tular
Foto: Facebook Siti Zaharah

Bayangkan kalau nak ke sekolah setiap hari, anda perlu mengharungi jambatan berbahaya merentangi sebatang sungai? Itulah yang dihadapi penduduk Bukit Betong, Kuala Lipis.

 

Seorang pengguna Facebook, Siti Zaharah telah memuat naik video anaknya perlu mengharungi jambatan ini untuk ke sekolah.

 

Menerusi entrinya, Siti Zaharah menulis, "Anak emak bersemangat dah nk ke sekolah..Tapi kena harungi jambatan yg canggih ni..Dah setahun,tk de perubahan langsung..Jambatan gantung pamah aur bukit betong.kuala lipis."

 

Dalam masa 2 jam sahaja video ini disiarkan, ia telah mendapat setengah juta tontonan dan telah dikongsi sebanyak 16,000 kali!

 

Menerusi komen para netizen, mereka bersedih melihat keadaan kanak-kanak tersebut disamping memuji kesungguhannya. Ramai juga mengharapkan kanak-kanak tersebut selamat menempuhi perjalanannya pergi dan balik sekolah dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan membaiki jambatan tersebut dengan cepat.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top