Rojak Daily Logo

10 ‘Trick’ Beli Tiket Kapal Terbang Dengan Lebih Murah

0
comments
10 ‘Trick’ Beli Tiket Kapal Terbang Dengan Lebih Murah
Jom pi cuti!

Kami kongsikan 10 trick atau rahsia bagaimana anda boleh dapatkan tiket kapal terbang dengan lebih murah. Kata nak travel cara jimat kan? So, anda ikut tips ni okey?

1. Awal vs Akhir

Air Asia vs Malaysia Airlines Air Asia = tempah awal (6-12 bulan) Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
mas airasia | Rojak Daily
Imej: thestar.com.my
 

2. Kejar Harga BUKAN Kejar Destinasi

Ingin merasai pengalaman berada di Jepun? Mengapa perlu memilih Tokyo (RM329) daripada Osaka (RM299)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Jadi, mengapa memilih destinasi yang lebih mahal?
promosi | Rojak Daily
CONTOH PROMOSI AIRASIA (Imej: airasiapromotion.org)
 

3. Hukum ‘Hari & Masa’ Penerbangan

Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad. Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.
murah | Rojak Daily
Imej: blog.borneotropicaladventures.com
 

4. Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi Operator Penerbangan

Jangan malu dan segan untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.
mas | Rojak Daily
CONTOH PROMOSI MALAYSIA AIRLINES (Imej: travel.tongyan.com)
 

5. Hukum ‘Bas Lompat’

PERBEZAAN 1 HENTIAN DENGAN 2 HENTIAN = RM2K++ Seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung kepada anda untuk ‘membeli masa’ anda dengan mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian.

6. Pelanggan Setia Hujung Nyawa

Setiap kesetiaan yang dicurahkan pasti ada ‘bayarannya’. Kesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya akan lebih berbaloi apabila kita memdapat mata ganjaran, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
reward | Rojak Daily
CONTOH GANJARAN KESETIAAN PENUMPANG (Imej: mightytravels.com)
 

7. 12 Tengah Malam

Ramai yang sudah tahu bahawa pada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Kerana itulah ramai yang tidak tidur malam kerana promosi ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam.

8. Lapangan Terbang Alternatif

SOLO (RM59) & YOGYAKARTA (RM79) Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan. Jika dilihat pada promosi, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10 ribuan (RM4).

9. Hukum +- 1 Hari

KHAMIS RM212; JUMAAT RM242; SABTU RM212 Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah.

10. Hukum ‘Satu Arah’

Apabila kita menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang kita pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah kita akan di’pau’ oleh syarikat-syarikat ini. Jadi, untuk ‘mengelabui mata’ pihak syarikat, kita boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik. Hakikatnya memang segala cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha kita ini kita mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya adalah kos utama dalam setiap perjalanan.

SUMBER: thevocket

 
 
Comments