Rojak Daily Logo

Amal Makan Beri Untuk Dapatkan Tubuh Idaman

0
comments
Amal Makan Beri Untuk Dapatkan Tubuh Idaman
Pengambilan secara konsisten mampu membuatkan anda tampil langsing.

Beri biru bukan sahaja digemari kerana rasanya yang manis, berkhasiat dan cukup terkenal seantero dunia. Spesies ini dikenali sebagai "superfood" kerana kandungan kalorinya yang rendah dan kebaikannya untuk tubuh. Berikut adalah enam kelebihan buah ini.

Gambar: www.blueberrycouncil.org

Menentang Penuaan

Spesies buah ini yang kaya dengan aktioksidan membantu mengembalikan kerosakan akibat toksin dan radikal bebas di dalam badan serta bertindak sebagai agen pertahanan patogen berbahaya. Beri biru juga kaya dengan proanthocyanidin yang dikesan sebagai agen tambahan mengekang penuaan.

Meningkatkan Keupayaan Otak

Beri biru tinggi dengan kandungan fenol dan dikenali sebagai agen perlindungan saraf otak. Ini bermakna beri biru mampu melambatkan kemerosotan otak dan meningkatkan fokus serta ingatan.

Melawan Barah

Beri biru kaya dengan asid gallic dan kandungan aktioksidan mampu membunuh sel kanser tanpa menjejaskan sel yang sihat.

Membantu Pencernaan

Tumbuhan ini tinggi dengan serat dan mampu memperbaiki sistem pencernaan jika diambil beberapa genggam sehari. Beri biru turut mengandungi probiotik yang menggalakkan pembiakan bakteria baik di dalam usus besar dan memperbaiki sistem pencernaan.

Kesihatan Kulit

Produk kesihatan berasaskan beri biru semakan terkenal. Buah ini mempunyai vitamin dan mineral yang mampu menyeimbangkan paras hormon dan menghilangkan parut. Kandungan resveratrol di dalam beri biru ini mengawal kerosakan kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari.

Membantu Mengawal Berat Badan

Beri biru rendah kandungan kalori, rendah indek glisemik dan tinggi serat serta nutrien. Kandungan indek glisemik yang rendah menyebabkan makanan diserap lebih perlahan apabila makanan berada di dalam sistem pencernaan lebih lama, menyebabkan kita lambat berasa lapar serta mengawal selera.

 
 
Comments