Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pasport Terbaharu Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia?

Kami setuju, memang cantik!

0
comments
Pasport Terbaharu Malaysia Antara Yang Tercantik  Di Dunia?
Foto: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Buku merah ini mungkin buku yang paling berkuasa bagi setiap warganegara Malaysia. Biarpun kecil, ia mampu membawa anda pusing ke seluruh dunia.

 

Terbaru, dokumen perjalanan rasmi antarabangsa negara kita telah berwajah baru dimana hiasan dalamannya bertemakan batik dan mempunyai warna baru iaitu biru, merah dan jingga.


Setiap helaian muka surat mempamerkan mercu tanda kebanggaan Malaysia dari Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara sehingga ke Gunung Kinabalu. Ia pasti memberikan rasa rindu dan bangga apabila anda keluar negara.

 

Bahagian kulit di sebelah dalam pula bermotifkan kain songket seolah tenunan keemasan, selain dua kuntum bunga raya yang kembang mekar di bahagian belakang. Pasport terbaharu ini juga menekankan konsep lima prinsip Rukun Negara, nilai tradisi serta flora dan fauna, masing-masing mempamerkan kedamaian dan kesejahteraan negara.

 

Biarpun buku ini dihiasi pelbagai ciri-ciri dan elemen budaya, namun ini bukanlah satu karya seni. Setiap muka surat tertera biodata polikarbonat disertakan cip dengan ciri-ciri keselamatan tambahan.

 

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menerusi portal MStar Online, dokumen ini mula dikeluarkan pihak Jabatan Imigresen sejak 15 November lalu. Pasport versi baharu itu hanya dikeluarkan untuk permohonan baharu manakala pasport sedia ada yang sah laku masih boleh lagi digunakan.

 

Berdasarkan pandangan dan maklum balas orang ramai, beliau berkata, mereka menyifatkan pasport Malaysia versi baharu ini adalah antara pasport antarabangsa yang paling cantik di dunia.

 
 
Comments