Rojak Daily Logo

8 Biskut Raya Paling Legend

0
comments
8 Biskut Raya Paling Legend
Kuih raya favourite!

Kuih ataupun biskut raya menjadi antara elemen penting ketika menyambut hari raya. Berbelas-belas balang biskut raya ini menjadi daya penarik selain hidangan utama yang disediakan tuan rumah. Walaupun bermacam-macam kuih hipster boleh didapati, anda pasti tidak boleh melupakan kuih raya yang paling legend dan wajib ada ini.

1) Biskut batang buruk

Gambar: alwanizolkifli

Kuih ini mungkin digemari oleh warga tua dan tidak berapa digemari oleh generasi muda. Tidak sehodoh namanya, kini ada kuih batang buruk yang bersalut susu tepung dan nestum, ia membangkitkan selera dan memberi kelainan selain daripada rasa kacangnya sahaja.

2) Tempeyek

Gambar: www.resepimalaya.com

Walaupun tidak terdiri dalam kumpulan kuih raya, tempeyek wajib ada di rumah tatkala Aidilfitri. Kadang-kadang bukan untuk dihidang pada tetamu, tetapi dijadikan kudapan bersama keluarga ketika menonton TV. Lagi pedas, lagi sedap.

3) Biskut makmur

Gambar: www.mstar.com.my

Jangan nak makan biskut makmur sambil bercakap nanti tersembur habis serdak. Kuih putih gebu lagi mulus ini ada kacang di dalamnya. Ada orang yang memang favourite biskut makmur ni. Asal pergi rumah orang, tanya biskut makmur dulu.

4) Dodol

Gambar: resepmakansedap.com

Walaupun bukan terdiri daripada kelompok biskut, tapi dodol adalah yang paling legend sekali. Ada perisa biasa, pandan dan juga durian. Kalau balik kampung, pasti nenek buatkan dodol sekuali untuk dimakan beramai-ramai pagi raya. Tapi jangan liat sangat, lekat kat tekak, jenuh nak telan nek.

5) Biskut semperit

Gambar: dapurmalaysia.com

Hoho, ni paling best bila makan depan TV. Biskut semperit ini memerlukan kemahiran yang teliti ketika membuatnya. Kalau tak, kembang lain macam. Selain ceri hijau dan merah, ada yang menggunakan kurma lebihan semasa Ramadan untuk dihias di atas biskut. Tapi potong kecik-kecik, bukan letak kurma seketul atas tu.

6) Kuih loyang / ros

Gambar: narny.blogspot.com

Lagi nipis, lagi rangup. Bila lagi rangup, lagi kuat bunyi mengunyah. Kuih loyang atau lebih dikenali kuih ros ini memang menjadi kepakaran nenek. Kuih loyang boleh buat orang ketagih dan makan tanpa henti.

7) Popia mini

Gambar: ansarfoodstuff.wordpress.com

Yes, tak kisah berbentuk lipat biasa ataupun simpul kasih, popia mini wajib ada terisi dalam balang. Berintikan serunding daging, ayam ataupun ikan bilis, popia mini antara kuih raya boleh buat orang ketagih silap-silap sebalang licin.

8) Biskut almond London

Gambar: Pinterest

Walaupun nama feeling oversea, no, anda tidak akan sampai ke London lepas makan biskut ni. Almond London menjadi biskut wajib ada hampir di setiap rumah. Didalamnya berisi seketul kacang almond dan rangup apabila dimakan. Walaupun ada yang cakap biskut almond London ni boring, percayalah, raya je mesti habis.

 
 
Comments