Rojak Daily Logo
Back to top

Berhibur Bersama Tonton Pada Ketinggian 10,000 Kaki Di Udara

Nikmati drama, filem dan lagu secara percuma!

0
comments
Berhibur Bersama Tonton Pada Ketinggian 10,000 Kaki Di Udara
Foto: AirAsia

Berada di dalam kapal terbang pada ketinggian 10,000 kaki di udara kadang-kadang boleh membuatkan kita bosan dan mengantuk. Namun kini anda tiada masa untuk rasa bosan lagi apabila penyedia perkhidmatan Wi-Fi penerbangan AirAsia, ROKKI telah bekerjasama dengan tonton untuk menghiburkan anda dan dengan seleksi rancangan TV, drama, filem dan lagu-lagu menerusi tonton secara percuma.

Tonton rancangan dan filem kegemaran korang secara percuma.

AirAsia dan tonton telah membawa pihak media, duta tonton iaitu Ayda Jebat dan Redza Rosli serta dua hos rancangan Let's Cycle yang disiarkan di tonton, Baki Zainal dan Rickman Chia untuk pengalaman tontonan dalan penerbangan buat pertama kalinya. Kami telah merasai sendiri pengalaman menonton filem Gemerlapan yang cukup popular pada tahun 90-an serta filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok sepanjang penerbangan pergi ke Kota Kinabalu, Sabah. Maskot Ejen Ali (yang boleh ditonton di ROKKI), rancangan kegemaran kanak-kanak sepanjang tahun, tampil hadir memeriahkan sidang media yang diadakan di Tune Hotel, Kota Kinabalu.

Sidang media di Tune Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh, “tonton teruja diberi peluang bekerjasama dengan ROKKI AirAsia dalam merealisasikan pengalaman tontonan unik dalam penerbangan. Menerusi kerjasama ini, penumpang boleh mengakses rancangan kegemaran di tonton pada ketinggian 10,000 kaki di udara secara langsung di peranti mudah alih melalui ROKKI; seterusnya memacu tonton lebih maju ke hadapan. tonton berasa bangga menjadi yang terulung dalam merealisasikan evolusi pengalaman tontonan dalam penerbangan"

Hadir sama adalah Choudhury Hassan Peter, Ketua Kumpulan Ancillary AirAsia. "Kami begitu berbesar hati bekerjasama dengan tonton dan teruja dengan pembaharuan yang dilakukan di ROKKI. Penumpang kini boleh menikmati akses percuma ke hiburan ROKKI dan platform e-dagang, yang menampilkan filem, muzik, artikel dan permainan selain membelibelah. AirAsia sentiasa mengutamakan kemudahan dan keselesaan penumpang dengan tawaran pengalaman penerbangan digital yang hebat dalam memastikan pelanggan merasai pengalaman penerbangan yang luar biasa,” ujar beliau lagi. 

Baki Zainal dan Rickman bersama rombongan media.

Pengalaman tontonan dalam penerbangan ini menawarkan seleksi rancangan menarik di tonton, antaranya kandungan eksklusif, drama dan gaya hidup pada ketinggian 10,000 kaki di udara dengan akses ke ROKKI secara percuma melalui peranti mudah alih peribadi. Khas untuk pelayar setia internet, pelanggan boleh membuat pilihan untuk kekal berhubung menerusi aplikasi sosial dengan pelan ROKKI dari serendah RM9. AirAsia turut menyediakan pengalaman membeli-belah atas talian dengan tawaran eksklusif dalam penerbangan di ROKKI Shop. Segalanya kini dengan satu klik, hanya dari tempat duduk.

 
 
Comments