Rojak Daily Logo

Jangan Beli 5 Barang Ini Di Kedai RM5

0
comments
Jangan Beli 5 Barang Ini Di Kedai RM5
Beli kat kedai lain pun boleh. (Gambar: www.dpulze.com)

Kedai RM5 sememangnya banyak memberikan manfaat kepada kita kerana harganya yang murah. Namun, untuk anda yang pernah membeli kelengkapan ini di kedai RM5, anda tidak digalakkan lagi membelinya.

1) Alat kosmetik

Gambar: www.lipstiq.com

Kebanyakkan alatan kosmetik yang ada di kedai RM5 adalah yang diimport dari luar. Jadi, anda tidak mengetahui apakah kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut. Mungkin ia menggunakan bahan toksik atau bahan yang diragui halal haramnya. Jadi laburkan sedikit wang dan belilah di pengedar jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia.

 

2) Alatan tulis

Gambar: savemoney.my

Untuk beberapa batang pen atau pensil, beberapa keping fail atau kertas pembalut dengan harga RM5, ternyata tidak berbaloi. Kenyataannya, alatan tulis yang dijual tidaklah sampai RM5. Cuba anda pergi ke kedai buku dan lihat harga barangan kelengkapan menulis di situ, pasti ia lebih murah.

 

3) Peralatan memasak

Gambar: mydaiso.com.au

Walaupun tertulis tahan lasak ataupun tahan lama, hakikatnya peralatan memasak di kedai RM5 tidaklah berkualiti yang anda sangka. Ada yang tidak tahan lama, cepat rosak, tak tahan karat, jadi jangan beli peralatan memasak di kedai RM5.

4) Hiasan parti

Gambar: www.yelp.com

Untuk apa jua jenis parti, pasti ada hiasannya. Jika anda ke kedai RM5 untuk membeli perhiasan untuk parti, anda tidak digalakkan membuat demikian. Selain harganya yang mahal, ia juga tidak memberikan banyak pilihan. Baik anda ke Ikea dan anda boleh jumpa barangan dengan kuantiti yang lebih banyak dan harga yang lebih murah.

 

5) Barang penjagaan rumah

Gambar: www.urbandesis.com

Samada ia pengelak sinki tersumbat, pengantung di dinding, cecair kimia pencuci tandas ataupun penyendal pintu, pengalaman teman-teman mengatakan ia tidak berfungsi ataupun cepat rosak! Walaupun harganya RM5, tapi anda beli dengan penuh harapan ia menyenangkan anda menjaga rumah. Jadi, seeloknya belilah di kedai yang khusus menjual alatan tersebut. 

 
 
Comments