CLOSE
CLOSE

Beg Tangan 'Berperisa' Indomie Ini Jadi Tumpuan Netizen

Ada sesiapa nak reka beg tangan Maggi?


  • Share:

Beg Tangan 'Berperisa' Indomie Ini Jadi Tumpuan Netizen
Foto: Instagram @kealivelaughlove

Indomie merupakan antara menu yang selalu dinikmati apabila kita berkunjung ke restoran mamak. Kini bagi penggemar Indomie, anda bukan sahaja boleh menghabiskan Indomie double tambah telur mata, malah anda boleh memperagakan beg tangan bermotifkan sebungkus Indomie.

 

Beg tangan ini merupakan hasil ciptaan buatan tangan seorang pereka fesyen Indonesia, Mariko Tampi. Hasil kerja tangan Mariko amat halus dan teliti sehingga jika dilihat dari jauh, ia umpama sebungkus Indomie asli.

 

A post shared by KEAlivelaughlove (@kealivelaughlove) on


Jika dilihat di laman Instagramnya, KEAlivelaughlove, Mariko banyak bermain dengan motif makanan sebagai corak pada permukaan beg dan warna-warna pastel yang digunakan sangat mencuri perhatian. Tidak hanya terbatas pada Indomie, ini sebahagian hasil buatan Mariko yang menawan. Berminat untuk memiliki salah satu hasil ciptaan yang boleh dikatakan hipster, bergaya dan comel ini?


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top