Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

PENGABDI SETAN - Filem Paling Seram Indonesia 2017 Bakal Menghantui Penonton Malaysia 23 November Ini

Bront Palarae sebagai teraju utama.

0
comments
PENGABDI SETAN - Filem Paling Seram Indonesia 2017 Bakal Menghantui Penonton Malaysia 23 November Ini
Foto: GSC Movies dan Twitter @jokoanwar

Penggemar filem seram di Malaysia lama mengetahui kehebatan filem-filem seram Indonesia dan tambah satu lagi koleksi filem seram wajib tonton tahun 2017 ini adalah filem arahan sutradara Joko Anwar bertajuk Pengabdi Setan. Mula dirilis di Indonesia sejak 28 September lalu, kini filem Pengabdi Setan bakal menghantui peminat filem seram di Malaysia bermula 23 November ini.
 


Filem seram yang dibuat semula dengan judul yang sama oleh Rapi Films pada tahun 1980 ini menampilkan pelakon handalan Malaysia, Bront Palarae sebagai teraju utama disamping Tara Basro, Egi Fedly, Ayu Laksmi, Fachri Albar, Asmara Abigail dan ramai lagi. Biarpun dibuat semula, filem Pengabdi Setan masih mengekal jalan cerita serta stuktur karakter yang asal.


Sehingga ke hari ini, filem ini telah mengutip seramai tiga juta penonton di seluruh pawagam di Indonesia dan kami yakin jumlah itu bakal bertambah apabila filem ini menemui penggemarnya di Malaysia dan Singapura November ini.


Menerusi temubual portal Bintang bersama pengarahnya, Joko Anwar, "Walau filem ini merupakan filem remake, penonton yang ingin menonton filem ini tidak perlu menonton filem sebelumnya yang dikeluarkan pada tahun 80-an untuk faham. Filem ini boleh berdiri sendiri", jelasnya.


Semakin menunjukkan taringnya, filem ini turut meraih pelbagai komen positif dari portal-portal berita Indonesia, penggemar filem seram dan netizen disana. Terus hangat, Pengabdi Setan turut berjaya tersenarai dalam 13 kategori Festival Filem Indonesia (FFI) 2017 antaranya Sutradara Terbaik, Penata Busana Terbaik, Penata Rias Terbaik dan banyak lagi. Portal Kaskus Indonesia juga mengangkat filem ini sebagai filem seram wajib ditonton tahun 2017!
 


Filem ini mengisahkan sebuah keluarga dimana Ibu yang telah terbaring akibat sakit yang aneh selama tiga tahun telah meninggal dunia. Bapak lalu memutuskan untuk kerja di luar kota meninggalkan empat orang anaknya. Lama-kelamaan, anak-anaknya merasakan kehadiran Ibu di rumah. Situasi semakin menyeramkan apabila mereka mengetahui Ibu datang lagi tidak sekadar untuk menjenguk, tapi untuk menjemput mereka.


Tandakan kalendar anda pada 23 November ini dan pastikan kita penuhkan panggung okay? Nantikan kehadiran Ibu.

 
 
Comments