Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tunafoto Istilah Baharu Ganti Perkataan Photobomb

Kenapa kau tunafoto gambar aku?

0
comments
Tunafoto Istilah Baharu Ganti Perkataan Photobomb
Foto: E! dan Instagram @bujibuchempel

Penggunaan bahasa rojak, slanga di media sosial nampaknya telah mempengaruhi cara berbahasa kita seharian. Atas usaha untuk memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan inilah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengeluarkan istilah bahasa Melayu baru bagi menggantikan beberapa perkataan bahasa Inggeris.

 

Jika sebelum ini beberapa perkataan bahasa Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa Melayu seperti swafoto (selfie), tular (viral),  hantaran (posting), pesan hantar (drop ship), tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending), iklan acah (teaser) dan makanan cekut (finger food), kini DBP memperkenalkan lagi beberapa istilah bahasa Melayu baharu bagi menggantikan penggunaan bahasa Inggeris antaranya photobomb, killfie, nap dan pick-up line.

Kalau anda terkejut dengan perkataan tuna dalam tunafoto, tuna itu bukan sahaja merupakan sejenis ikan. Dalam Kamus DBP, tuna itu turut membawa erti cacat, luka ataupun rosak.

Bahasa jiwa bangsa, jika bukan kita yang mengangkat nilai dan memegahkannya, siapa lagi. Oleh sebab itulah bulan Oktober juga telah dipilih sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan serta memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan bahasa kebangsaan. Jadi, gunakanlah bahasa anda dengan betul.

 
 
Comments