CLOSE
CLOSE

Dikecam Kasut Paling Hodoh, Crocs Kini Berkolaborasi Bersama Jenama Mewah Balenciaga

Teringin nak pakai?


  • Share:

Dikecam Kasut Paling Hodoh, Crocs Kini Berkolaborasi Bersama Jenama Mewah Balenciaga
Foto: Balenciaga

Apabila minggu fesyen sedang berlangsung, ada pelbagai perkara yang tidak dijangka, akan berlaku. Antaranya ketika Minggu Fesyen Paris yang sedang berlangsung ini, jenama mewah terkenal, Balenciaga telah mengejutkan ramai mata-mata fesyenista apabila salah seorang daripada modelnya berjalan sambil mengenakan kasut crocs tetapi, bertapak tebal.

Jika sebelum ini Balenciaga telah memperkenalkan beg seakan beg Ikea serta beg toto, kini jenama itu sekali lagi menjadi buah mulut orang apabila bekerjasama dengan jenama Crocs. 

 

Memetik temubual Elle bersama Michelle Poole dari Crocs, "Kami sangat teruja apabila pihak Balenciaga menghubungi kami. Kami tertarik untuk peluang kerjasama ini untuk melihat apa rekaan yang boleh dihasilkan bersama. Bekerja dengan Balenciaga sangat menyeronokkan dan mereka membuktikan kasut kami ini masih relevan dalam dunia fesyen kini."

 

Kerjasama kedua-dua jenama ini menyaksikan tapak kasut Corcs yang biasa telah ditebalkan dan turut diletakkan tampalan berwarna-warni serta logo Balenciaga di atas Crocs tersebut. 

 

Ini bukankan kolaborasi pertama Crocs bersama jenama terkemuka dunia. Crocs juga pernah berkolaborasi dengan Christopher Kane selama dua tahun dengan menghasilkan kasut Crocs bertatahkan hiasan batu dan bulu. 

 

4 new colorways. 1 seriously wild collaboration. Christopher Kane x Crocs goes feline for 2017. Link in bio.

A post shared by Crocs Shoes (@crocs) on

 

Kasut kolaborasi Balenciaga dan Crocs ini boleh didapati di butik Balenciaga seluruh dunia serta laman web Balenciaga bermula awal tahun 2018. 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top