CLOSE
CLOSE

Halang Pelancong Asing Guna Motorsikal Di Laluan Pejalan Kaki, Tindakan Nicholas Saputra Dipuji Netizen

Jangan dibawa perangai 'ini jalan mak bapak aku' di negara orang.


  • Share:

Halang Pelancong Asing Guna Motorsikal Di Laluan Pejalan Kaki, Tindakan Nicholas Saputra Dipuji Netizen
Foto: YouTube

Masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Itulah, kalau pergi melancong ke negara orang, jangan dibawa perangai sesuka hati seperti di negara sendiri. Kejadian berlaku di sebuah pulau peranginan terkemuka di Indonesia iaitu Bali, nama Nicholas Saputra tiba-tiba menjadi buah mulut netizen.

Jika anda pernah menonton filem lakonan Nicholas Saputra, anda tahu dirinya seorang yang serius dan berkualiti. Menerusi sebuah video di Instagram Story yang viral baru-baru ini, kelihatan aktor kacak ini sedang menghadang sepasang pelancong asing yang sedang menunggang motorsikal daripada menggunakan laluan pejalan kaki.

Menerusi video berdurasi enam saat ini, pasangan yang menunggang motorsikal tersebut seperti mahu mengelak dari kesesakan lalu lintas dan telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan laluan pejalan kaki. Namun bertembung pula dengan Nicholas yang kebetulan sedang berjalan kaki di kawasan tersebut. Tidak mahu mengalah dan tetap berkeras mahu meneruskan perjalananya, pelancong asing itu memulas handle motorsikalnya. Nicholas dengan bahasa tubuh yang tegas menghadang, lalu pelancong asing tersebut mengalah dan turun ke jalan raya.

Tindakan Nicholas ini telah dipuji netizen terutamanya yang berasal dari Indonesia dan berbangga dengan tindakan aktor kesayangan mereka itu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top