CLOSE
CLOSE

Kini Semua Boleh Terbang Ke Nha Trang, Vietnam Dengan AirAsia

Bye Ho Chi Minh City dan Hanoi, Hello Nha Trang!


  • Share:

Kini Semua Boleh Terbang Ke Nha Trang, Vietnam Dengan AirAsia
Foto: Tripadvisor

Korang mesti tak sangka di Vietnam ada pantai yang cantik macam ni kan? Bosan asyik ke Ho Chi Minh City ataupun Hanoi, kini AirAsia ada penerbangan sulung ke Nha Trang, Vietnam yang merupakan laluan unik ke-54 yang beroperasi setiap hari terus dari Kuala Lumpur!

Pagi Jumaat menjadi sejarah apabila penerbangan sulung AK204 yang tiba pada 11.35 pagi dengan muatan sebanyak 93 peratus disambut meriah setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh di Nha Trang. Disambut dengan pancuran air, para tetamu yang turut serta dalam penerbangan ini termasuklah Dato’ Fam Lee Ee, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad; Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad; serta media dari Malaysia, Australia dan Singapura yang akan meneroka Nha Trang dengan lebih lanjut.

Penerbangan pertama AirAsia KUL - CXR

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Tahun ini merupakan tahun besar bagi Asean kerana kita meraikan ulang tahun ke-50 ASEAN dengan pelbagai aktiviti di rantau ini. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami berbangga untuk meneruskan komitmen kami untuk terus memacu Asean dan menghubungkan rantau ini terus ke Nha Trang. Kami berharap untuk berkongsi keindahan khazanah Asean ini dengan para tetamu kami melalui penerbangan harian yang beroperasi terus dari Kuala Lumpur.

Selamat datang AirAsia ke Nha Trang, Vietnam

“Vietnam merupakan salah satu pasaran utama kami dan kami berbesar hati kerana dapat menghubungkan lebih banyak destinasi antara Vietnam dan Malaysia. Nha Trang adalah tambahan hebat kepada rangkaian kami dan ia berpotensi untuk menjadi destinasi popular, jadi kami telah meningkatkan laluan Fly-Thru bagi memberi manfaat kepada pelancong dari rantau ini dan lain-lain untuk melawat bandar ini. Kami juga berharap rakyat dari Wilayah Khánh Hòa akan mengambil kesempatan ini untuk melawat Malaysia, Asean dan serata dunia melalui rangkaian kami yang luas meliputi lebih 120 destinasi di 27 negara,” tambah beliau.  

Para tetamu boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan sambungan Fly-Thru di mana bagasi berdaftar mereka akan dihantar terus ke destinasi terakhir tanpa perlu melalui pelepasan imigresen di hab transit. Melalui perkhidmatan tambahan ini, para tetamu kini boleh melawat Nha Trang dari 8 negara serta 23 bandar termasuklah Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Singapura, Jakarta, Bali, Bandung, Surabaya, Guangzhou, Shenzhen, Chengdu, Changsha, Xi’an, Wuhan, Melbourne, Gold Coast, Sydney, Perth, Maldives, Colombo, dan Tiruchirappalli. 

AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Vietnam termasuklah Ho Chi Minh City dengan 42 kali penerbangan seminggu; Da Nang dengan 10 kali penerbangan seminggu; dan Hanoi dengan 11 kali penerbangan seminggu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top