Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Gaun Perkahwinan Tisu Pertama Di Malaysia Rekaan Nurita Harith

Tiga minggu untuk menyiapkan gaun perkahwinan tisu Vinda Deluxe ini.

0
comments
5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Gaun Perkahwinan Tisu Pertama Di Malaysia Rekaan Nurita Harith
Foto: Vinda Deluxe

Perkahwinan sememangnya menjadi antara salah satu perkara terpenting dalam kehidupan kita. Setiap wanita pasti menginginkan perkahwinan yang sempurna dan bagi lelaki pula, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka selain dapat melihat pasangan mereka bahagia. Apabila menyentuh bab perkahwinan, pastinya gaun pengantin perempuan menarik perhatian ramai.

Di kesempatan inilah, jenama tisu terkenal, Vinda Deluxe telah melancarkan tisu baharu mengabungkan dua elemen penting dalam sesebuah fabrik iaitu keteguhan dan kelembutan. Meraikan pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua dalam sebuah majlis, gaun perkahwinan yang disarung oleh mempelai perempuan diperbuat daripada tisu Vinda Deluxe yang bermutu tinggi!

Nurita Harith, Anthony Wong dan Shervyn Chua dengan gaun yang dibuat menggunakan tisu.


5 Perkara yang anda perlu tahu tentang gaun perkahwinan tisu pertama di Malaysia:

  • Pereka fesyen dan gaun perkahwinan terkenal, Nurita Harith dipertanggungjawabkan untuk mereka sehelai gaun perkahwinan indah menggunakan helaian tisu Vinda Deluxe. Menurut Nurita, "saya sangat teruja dapat bersama-sama pasangan ini mencipta kenangan terindah dan menghasilkan gaun perkahwinan tisu yang pertama seumpamanya. Terharu rasanya apabila melihat Shervyn kelihatan gembira dan anggun sekali ketika memakai gaun ini."
  • Nurita tidak menyangka kertas tisu boleh digunakan untuk mereka gaun. "Keistimewaan tisu Vinda Deluxe ini membuatkan saya berasa seolah-olah seperti sedang menggunakan fabrik lembut,” kata Nurita Harith. 
  • Gaun perkahwinan yang istimewa ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan tisu Vinda Deluxe. Tiga minggu diperuntukkan untuk menyiapkan gaun perkahwinan ini. Kain lace dan pelbagai juntaian manik turut digunakan untuk mencantikkan lagi gaun ini.
  • Teknologi Tenunan Fiber menjadikan tisu ini tidak mudah koyak apabila basah. Tisu Vinda Deluxe bukan saja teguh, malah lembut dan mempunyai daya serapan ekstra. Hanya sehelai tisu diperlukan untuk setiap kegunaan.
  • Sepanjang 11 tahun menjalinkan hubungan cinta, banyak dugaan yang telah dilalui oleh pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua. Namun komitmen dan cinta yang teguh di antara mereka berjaya melawan semua halangan, dan akhirnya kisah cinta mereka diakhiri dengan majlis istimewa yang penuh bermakna, dan akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup mereka.
 
 
Comments



Back to top