Rojak Daily Logo

H&M Mahu Pakaian Yang Anda Tak Pakai

0
comments
H&M Mahu Pakaian Yang Anda Tak Pakai
World Recycle Week oleh H&M (Gambar: www2.hm.com)
Semoga hasrat murni H&M Malaysia dan Grab untuk misi mencari 1,000 tan pakaian terpakai untuk dikitar semula tercapai.
 
 
 
 

H&M Malaysia dengan kerjasama perkhidmatan pengangkutan terkenal, Grab, telah melancarkan kempen kitar semula yang dipanggil World Recycle Week yang sudah pun bermula pada 18 April ini dan bakal berakhir pada 24 April 2016. Kempen ini menawarkan pengguna untuk menyerahkan dan menderma pakaian terpakai atau yang mereka tidak mahu kepada 3,600 gedung H&M seluruh dunia. H&M dan Grab mengalu-galukan apa jua jenis pakaian dan kain yang anda tidak mahu untuk mereka kitar semula.

Menariknya lagi sepanjang minggu kempen ini berlangsung, pengguna Grab juga boleh membuat tempahan mereka untuk mengutip pakaian yang mahu diserahkan di mana-mana lokasi H&M sekitar Lembah Klang setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang. Selain dapat menabur nilai-nilai murni, pengguna juga akan menerima voucher diskaun 15% H&M untuk setiap beg pakaian terpakai yang didermakan. 

Lebih mengujakan apabila H&M turut meraikan pembukaan gedung mereka yang ke 25 dan ke 26 di Malaysia. H&M AEON Mall Shah Alam akan dibuka pada 21 April 2016 dan H&M turut pertama kalinya bertapak di negeri Kelantan Darul Naim iaitu di AEON Mall Kota Bharu pada 28 April 2016.

Sahut cabaran kesedaran dari H&M Malaysia dan Grab ini untuk bumi yang semakin sihat. Serahkan pakaian yang anda tidak mahu ke gedung H&M terdekat dan jadilah pengguna yang bijak dan mencintai alam sekitar.
 
Gambar: www.treehugger.com

Tiga cara dalam mengendalikan kitar semula: 

1) Pakai semula: Pakaian yang masih elok dan boleh dipakai akan dijual sebagai pakaian terpakai.
2) Guna semula: Pakaian dan kain lama akan dijadikan produk seperti kain pencuci dan sebagainya.
3) Kitar semula: Mana-mana yang tidak dipakai akan bertukar menjadi gentian tekstil atau kegunaan lain seperti penebat.

Fesyen tidak perlu membazir:

  • H&M adalah diantara pengguna fabrik poliester terpakai yang terbesar.
  • Lebih kurang 12,000 tan pakaian dikutip di gedung-gedung H&M serata dunia. Fabrik sebanyak itu boleh menghasilkan 60 juta helai t-shirt
  • Pada tahun 2014, produk pertama dengan 20% pakaian kitar semula telah dihasilkan. Tahun 2015 pula menyaksikan peningkatan angka produk ini dibuat mengjangkau hampir 1 juta. 
  • Poliester kitar semula biasanya dibuat daripada botol minuman. Pada 2015, H&M menggunakan hampir 90 juta botol minuman yang jika tidak digunakan, akan ditempatkan di tapak pelupusan. 
  • Daripada beribu-ribu tan tekstil yang dibuang setiap tahun, 95% dapat dipakai semula ataupun dikitar semula.
 
 
Comments