CLOSE
CLOSE

3 Item Wajib Beli Di Duck Cosmetics

Mari tambah koleksi alat solek anda!


  • Share:

3 Item Wajib Beli Di Duck Cosmetics
Gambar: Fashion Valet

Nampaknya The dUCk Group mengorak setapak lagi dalam menambat hati wanita di luar sana apabila mereka melancarkan alat solek dUCk Cosmetics pada 2 September yang lalu. Kami berkesempatan hadir ke majlis pelancaranya yang turut dihadiri oleh pengasasnya, Vivy Yusof dan mencuba sendiri beberapa alat solek dUCk Cosmetics. Setelah menghabiskan 2 jam disana, kami senaraikan apakah tiga item yang wajib anda beli apabila ke butik dUCk Cosmetics. Untuk mendapatkan koleksi mereka ini, anda boleh ke butik dUCk Cosmetics di tingkat 6, Pavilion, Kuala Lumpur ataupun secara online di FashionValet.

3 item wajib beli di Duck Cosmetics

1. Matte Decisions Lip Cream (RM75)

Lip matte sememangnya menjadi trend dan kegemaran para wanita yang suka mengenakan lipstick. Bagi jenama dUCk Cosmetics ini, tekstur lip mattenya halus dan senang dipakai. Ia memberikan kesan lembut pada bibir dan tidak membuatkan bibir anda kering merekah. Dengan harga RM75 sebatang, lip matte ini hadir dalam lima warna yang sesuai dikenakan untuk apa jua warna kulit anda. Selain lip matte ini, anda juga boleh dapatkan lipstick LipstickWitU (RM70) dalam empat rona serta lip gloss Glossip Girl (RM60) juga dalam empat rona lembut.

2. All-Eye-Ask Eyeshadow Palette in Smokey (RM135)

Pandangan mata yang memukau boleh menarik perhatian sesiapa sahaja tambahan pula jika ia dikenakan pembayang mata yang diadun sempurna. All-Eye-Ask Eyeshadow dalan set Smokey ini cukup sesuai untuk anda yang berani dan suka dengan teknik solekan smokey pada kelopak mata. Mempunyai 10 warna pilihan, setiap satu warnanya boleh digunakan untuk apa juga majlis, siang atau malam. Berharga RM135 untuk sebuah palette, terdapat juga All-Eye-Ask Eyeshadow dalam rona Nude untuk anda yang gemarkan warna-warna lembut.

3. #nofilter Make-Up Remover - Refreshing (RM100)

Anda sedang mencari pembersih solekan yang berkesan menanggalkan kesan solekan dalam sekali cuci? Anda harus cuba #nofilter Make-Up Remover dari dUCk Cosmetics dan pilihan kami, Refreshing. Dalam sebuah botol ini, ia mempunyai tiga fungsi utama iaitu sebagai pembersih solekan, pencuci muka serta toner. Berbuih seperti pencuci muka, aplikasikan pada muka anda dan hasilnya, kulit anda bersih dari sebarang cela. Selain Refreshing, #nofilter Make-Up Remover ini turut hadir dalam seleksi Hydrating dan Brighting dengan harga RM100 sebotol.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top