Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

'Perang' KJ Dan Maskot Rimau Menghiburkan Netizen

Sejak Rimau makin popular, abah terpinggir.

0
comments
'Perang' KJ Dan Maskot Rimau Menghiburkan Netizen
Gambar: Twitter @khairykj dan @rimaumalaysia

Buat anda yang mengikuti perkembangan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Twitter, pastinya anda tahu bahawa maskot rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Rimau mempunyai akaun twitter parodinya sendiri. Apa yang menarik perhatian ramai adalah akaun Twitter dengan nama Rimau (@rimaumalaysia) ini baru sahaja dibuka pada Ogos 2017 dan kini telah mengumpul hampir 27,000 pengikut. 

Selain terhibur dengan sokongan padu Rimau pada barisan atlet Malaysia, Rimau juga dilihat agak nakal terutamanya dengan peminat wanita. Jangan kata peminat wanita, Rimau juga nakal dengan atlet wanita serta bermain cinta dengan maskot dari Singapura, Nila the Lion. Paling mencuri perhatian apabila Rimau juga sering mengusik Menteri Belia dan Sukan Negara, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil abah sehingga dilihat ada 'perang dingin' antara mereka. Tapi anda jangan salah faham, Rimau dan abah hanya bergurau. 

Bagi anda yang belum bertemu Rimau, ada beberapa hari lagi sebelum temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya. Jika anda berkesempatan bertemu Rimau, jangan lupa ambil gambar dan tweet padanya. Disini kami simpulkan beberapa perang manja antara rimau dan abah yang mencuit hati. 

 
 
Comments