Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tiada Lagi Kartunis Lengkuas Dan Komik Mat Despatch

Terima kasih kerana telah menghiburkan kami selama 30 tahun.

0
comments
Tiada Lagi Kartunis Lengkuas Dan Komik Mat Despatch
Gambar: Bekazon

Kalau anda seorang penggemar majalah komik Ujang, pasti anda tahu watak Mat Despatch dan bosnya. Pagi tadi kartunis Lengkuas yang sinonim dengan komik Mat Despatch telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Berita sedih itu dikongsi oleh kartunis Ujang atau Ibrahim Ujang di akaun Facebooknya.

Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53 adalah kartunis utama bagi majalah Ujang yang popular sekitar tahun 90an. Mat Despatch berjaya mencuit hati kita dengan telatahnya yang suka meminta RM2 pada bosnya serta curi tulang ketika bekerja. Lengkuas telah berkarya sejak 30 tahun yang lalu dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat buatnya.

Antara lawak Mat Despatch dan bosnya.
Sumber: Astro Awani
 
 
Comments



Back to top