CLOSE
CLOSE

Malaysia, Ini 10 Fakta Tentang Kedai Mamak

Ternyata, kedai mamak adalah tempat kegemaran kita semua.


  • Share:

Malaysia, Ini 10 Fakta Tentang Kedai Mamak
Melampau besar udang dia! (Gambar: www.kuali.com)

Setiap ceruk tempat anda pergi, mesti ada kedai mamak kat corner lot. Apa punca kedai mamak macam best sangat ni?

Gambar: tailim.blogspot.my

1) Macam-macam ada

Nasi Goreng USA, Roti Bom Mexico, Roti Nan Cheese Meleleh, Mee Goreng Singapore, cakaplah nak makan apa, mereka sedia masakkan untuk kita.

2) Kari yang padu!

Mana-mana kedai mamak kita pergi, signature dish dia memanglah kari. Kari kepala ikan, kari kambing, kari ayam, kari udang atau apa sahaja kari, bau dia memang menusuk jiwa. Balik rumah mesti teringat.

3) Makan sorang tak jadi hal

Kalau makan kat kedai mamak, macam tiada masalah dan tak segan untuk makan sorang-sorang. Mungkin sebab tempat orang lepak, jadi orang tak kisah apa orang lain buat.

4) Cam muka

Mamak memang hebat. Kalau sekali dia dah cam muka kita yang selalu datang melepak kedai dia, apa kita selalu order pun dia akan ingat. Baru duduk, silap-silap dah sampai limau panas buang biji atas meja.

5) 24 jam

Lapar tengah malam kini tak jadi masalah. Pergi je kedai mamak. Tipulah anda tak pernah buat hentam nasi kandar jam 3 pagi. Kan?

6) Ane aka boss

Tidak kira Melayu, Cina, India, semua akan panggil mamak dengan panggilan "boss" atau "ane". Kedai mamak jugalah yang mampu menyatukan semua kaum duduk dibawah satu bumbung.

7) Wifi percuma

Ada juga yang tak nak habiskan data internet, datang ke kedai mamak semata-mata untuk gunakan wifi. Order satu teh tarik, lepaklah online sampai 4 jam pun, mamak tak marah.

8) Makan mana?

Soalan wajib tanya rakyat Malaysia! Makan mana? Kedai tu tak nak, kedai ni tak nak. Jadi mana? Mamak? Jom! Jarang orang tolak makan kedai mamak sebab pelbagai makanan ada.

9) Tandas 50/50

Pasal kebersihan tandas, ada yang bersih, memang macam tandas kat rumah. Ada pula yang kotor, sanggup tahan sampailah balik rumah.

10) Tiru cakap mamak

Ane, roti canai taruk telur mata kuning kasi cair kuah banjir satu! Kasi garing aaaa.” Tipulah kalau anda tak pernah order macam mana cara mamak cakap. Epik okey.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top