CLOSE
CLOSE

Cadangan Perniagaan di Zaman Gawat

Sepuluh Cadangan Perniagaan Dengan Modal Kecil.


  • Share:

Cadangan Perniagaan di Zaman Gawat
Buntu memikirkan jenis perniagaan terbaik untuk dilakukan? (Gambar: swgadvisors.com)

Keadaan ekonomi yang tidak stabil akibat kejatuhan mata wang memaksa sebahagian company gulung tikar. Ramai pekerja dibuang, memaksa mereka memikirkan inisiatif terbaik menjana pendapatan bagi menampung keluarga. Kami senaraikan 10 cadangan perniagaan yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang.

1) Makanan

Terdapat pelbagai jenis perniagaan berasaskan makanan. Antaranya, membuka gerai jualan tepi jalan, food truck, perniagaan penghantaran makanan seperti FoodPanda dan Dah Makan atau katering.

Gambar: financialexpress.com

2) Minuman

Jus buah-buahan segar, cendol atau ais kacang tentunya mendapat sambutan jika dijual di lokasi yang tepat. Musim panas dan kering yang melanda Malaysia merupakan faktor tambahan untuk menarik pelanggan. Modalnya tidak besar tetapi keuntungannya berlipat kali ganda.

Gambar: healthsguardian.com

3) Tudung

Trend berhijab telah mencambahkan lagi fesyen tudung di pasaran. Variasi hijab daripada yang murah kepada mahal tetap mendapat sambutan. Namun peniaga perlu kreatif dan berani mencuba pelbagai gaya terutama fesyen tudung segera yang sesuai digayakan di pelbagai majlis.

Gambar: tudung2u.com.my

4) Kek dan biskut

Setiap hari ada sahaja yang menyambut hari lahir dan tentunya kek menjadi antara menu penting untuk meraikan hari bahagia ini. Kek juga menjadi pilihan di majlis perkahwinan, dijadikan hantaran pertunangan serta hadiah buat tetamu yang datang. Pelajari seni menghias kek agar sesuai dengan peredaran zaman. Mereka yang mempunyai kepakaran membuat kek, selain mengambil tempahan boleh berjinak-jinak menjadi tenaga pengajar kelas kek. Anda tidak memerlukan lokasi luas atau kedai di lokasi stategik, cukup sekadar memaksimakan penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan.

Gambar: sandiegocakeshow.com

5) Makanan sejuk beku

Zaman moden, serba serbi ingin dilakukan dengan pantas. Ramai surirumah memilih makanan sejuk beku untuk dihidangkan kepada keluarga. Selain kuih-muih, pelajarilah cara menghasilkan bebola daging serta makanan segera yang hanya memerlukan dua minit untuk disediakan.

Gambar: gll-getalife.come

6) Jahitan

Diakui sukar mencari tukang jahit mahir yang mampu menghasilkan pakaian terletak di tubuh. Bidang jahitan tentunya mendapat sambutan hangat. Kebanyakan pakaian siap yang dijual kurang sesuai buat individu, ada yang terlalu labuh, kecil di bahagian dada dan tidak kurang yang sendat di bahagian punggung. Perniagaan jenis ini boleh dikembangkan kepada pakaian kanak-kanak dan bayi termasuk jahitan cadar menarik, barut dan tilam bayi. Kembangkan perniagaan dengan mempelajari teknik jahitan labuci yang tentunya mendapat permintaan tinggi di pasaran tanpa mengira waktu.

Gambar: livecreativelyinspired.com

7) Urutan dan Menjaga Wanita Berpantang

Walaupun perniagaan urutan mudah didapati tetapi masih ramai yang mencari tukang urut tradisional yang bijak mencari urat, merawat anggota patah dan menaikkan rahim wanita. Anda boleh meluaskan perniagaan dengan menyediakan servis buat wanita dalam pantang termasuk melulur, memasak, bertungku, memandikan bayi dan memakaikan bengkung. Wanita hari ini ramai yang memilih berpantang sendiri demi tidak mahu menyusahkan ibubapa, dan servis seperti ini amat diharapkan bagi memudahkan urusan mereka.

Gambar: mamaharwisya.net

8) Mencuci rumah

Perkhidmatan mencuci rumah antara yang mendapat permintaan tinggi di kalangan surirumah bekerja yang tiada masa menguruskan rumah.

Gambar: linkedin.com

9) Servis Perkahwinan

Perkhidmatan menggubah hantaran dan menyediakan door gift buat tetamu, walaupun banyak dipasaran tetapi tetap mendapat sambutan menggalakkan. Pelbagaikan perniagaan anda dengan memberikan tawaran pakej menarik seperti berinai, hiasan meja pengantin serta hiburan pada hari persandingan.

Gambar: planyourwedding.my

10) Kosmetik dan Produk Kesihatan

Sebut sahaja produk pemutih, pelangsing, peninggi badan atau produk kesihatan dalaman, terbuka besar mata para wanita terutamanya. Paling penting, bijak merancang strategi pemasaran, bijak melayan karenah pelanggan dan pantas menjawab setiap persoalan menjadi kata kunci utama kejayaan.

Gambar: remediesforhealth.wordpress.com

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top