CLOSE
CLOSE

Trend Tindik Pipi Untuk Hasilkan Lesung Pipit Palsu Jadi Kegilaan

Cantik ke kalau pipi berlubang?


  • Share:

Trend Tindik Pipi Untuk Hasilkan Lesung Pipit Palsu Jadi Kegilaan
Gambar: Facebook Cindy Liang

Bukan setakat pendakap gigi palsu, kanta pelekap palsu kini orang boleh cipta lesung pipit palsu! Pelbagai cara nak jadi cantik sekarang, kadang-kadang remaja dilihat semakin ekstrem untuk tampil cantik sehingga boleh memudaratkan kesihatan. 

Trend terkini yang melanda para millenial adalah menikdik dua-dua belah pipi bagi memberi ilusi lesung pipit palsu. Semakin menular di negara jiran Thailand, tidak mustahil trend lesung pipit palsu ini bakal masuk ke Malaysia. Selain memberikan ilusi seolah-olah mempunyai lesung pipi, perhiasan yang digunakan seperti berlian dan barangan perak dikatakan boleh mencantikkan lagi wajah. 

Menjadi kegilaan remaja Thailand

Cara menebuk pipi sama seperti menindik telinga. Proses pertama, anda perlu kumur dengan pencuci mulut dahulu untuk menyingkirkan sebarang bakteria yang ada di dalam mulut. Kemudian pipi akan dikebaskan terlebih dahulu untuk mengurangkan kesakitan dan penindik terus menindik pipi anda. Proses ini perlulah dilakukan oleh orang berpengalaman dan bersih. 

Cantik ke tidak?

Setelah pipi ditindik, dua hingga lapan bulan diperlukan untuk lubang tindik itu sembuh sepenuhnya. Dalam tempoh penyembuhan itu, pipi perlu dijaga terutamanya bahagian dalam mulut dan agar tidak berlaku sebarang jangkitan bakteria. Anda berani nak tonton video proses tindik pipi ini?


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top