CLOSE
CLOSE

Intai Gambar Percutian John Legend Dan Chrissy Teigen Di Bali

Macam pengantin baru!


  • Share:

Intai Gambar Percutian John Legend Dan Chrissy Teigen Di Bali
Gambar: Instagram @chrissyteigen

Pasangan penyanyi dan model popular, John Legend dan Chrissy Teigen dilihat menikmati percutian mereka di negara jiran kita, Bali Indonesia baru-baru ini. Model berusia 31 tahun dan penyanyi 38 tahun itu turut membawa baby girl mereka, Luna berlibur di sebuah resort mewah di Como Shambhala, Gianyar, Bali.

Selain banyak menghabiskan masa berehat di resort, pasangan ini sempat mencuba busana tradisional yang  mencerminkan adat tradisi di salah satu pusat percutian terkemuka di Indonesia itu. Gambar itu telah menarik perhatian netizen terutamanya mereka yang berasal dari Indonesia dan berbangga melihat kecantikan dan keindahan budaya Indonesia.

Pasangan romantis ini telah disatukan pada September 2013 di Itali. Kehadiran puteri sulung mereka, Luna pada April 2016 nampaknya benar-benar menceriakan keluarga ini. 

Sempat memuatnaik beberapa keping gambar mereka dalam persalinan indah itu, mereka juga dilihat menikmati keindahan alam serta mencuba aktiviti yoga. Jom kita intai beberapa gambar percutian indah mereka ini. Mana tahu selepas ini mereka akan bercuti di Malaysia pula?

 

Bali

A post shared by John Legend (@johnlegend) on

 

A post shared by John Legend (@johnlegend) on

 

A post shared by chrissy teigen (@chrissyteigen) on

 

To Amy: the most patient human in the world

A post shared by chrissy teigen (@chrissyteigen) on

 

A post shared by chrissy teigen (@chrissyteigen) on


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top