Rojak Daily Logo

7 Fesyen Pelik Yang Perlu Anda Elak Di Aidilfitri

0
comments
7 Fesyen Pelik Yang Perlu Anda Elak Di Aidilfitri
Bermacam ragam, bermacam gaya

Selain dari bermaaf-maafan dan melawat sanak saudara, hari raya juga peluang untuk anda beraksi dengan baju raya masing-masing. Namun tidak semuanya indah dan menarik pada pandangan mata. Ada juga fesyen raya yang pada kami, hmmm, pelik.

1) Jubah Pahlawan

Kalau satu kumpulan pakai lengkap semua warna macam ni, memang mengundang perhatian seluruh pelusuk kampung. Tergamak ke? Hehe.

Gambar: berita.mediacorp.sg

2) Jubah Bertali Leher

Pujian patut diberikan kepada pereka ini kerana sangat inovatif tapi macam tak kena tempat. Jubah dengan tali leher? Sudahlah panas berjubah, dijerut tali leher pula tu.

Gambar: Twitter

3) Baju Melayu Uniform Kedai Mamak

Sekali pandang, memang macam pakaian seragam kedai mamak. Mungkin tak perlulah songkok, baju melayu dan sampin hadir dalam satu warna yang sama. Pelik sangat nampaknya.

Gambar: Twitter

4) Kurta Baju Kurung

Apa yang mahu ditonjolkan oleh pereka ini mungkin sehelai kurta yang boleh dikenakan dengan kain pelikat. Namun warna dan rekaannya membuatkannya lebih kepada baju kurung. Kalau lelaki pakai macam ni, kaum wanita nak pakai apa?

Gambar: Twitter

5) Baju Melayu Sleeveless

Abang sado mungkin suka rekaan ini. Nampak habis seluruh lengan berketul-ketul tu. Tapi lagi segak kalau memakai baju melayu lengkap dengan lengan.

Gambar: Facebook

6) Sampin Leather?

Kreatif, mungkin. Tapi biarkanlah sampin itu diperbuat daripada kain songket. Kan nampak lebih indah dan ada taste daripada jenis kulit ni.

Gambar: www.tnp.sg

7) Baju Melayu Untuk Wanita?

Come on ladies, kita biarkan baju melayu ini dipakai oleh kaum adam sahaja ya? Kekalkan keayuan anda dengan baju kurung, baju kebaya mahupun kaftan menjelang lebaran ini

Gambar: Twitter
 
 
Comments