CLOSE
CLOSE

"Saya Akan Mengambil Tindakan Pada Media Yang Mengaibkan Dan Memalukan Saya" - Lelaki Anime

Didakwa ubah wajah guna aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus.


  • Share:


Gambar: Instagram miyyo_rizone

Jejaka berwajah anime, 'Miyyo Rizone' atau nama sebenarnya Amirul Rizwan Musa, 21 tahun, didakwa menipu wajah animenya. Menerusi seorang rakannya di Facebook, Bella Barbie, Miyyo dikatakan hanya menggunakan aplikasi suntingan gambar  untuk menampakkan mukanya macam animasi Jepun, dakwa rakannya lagi.

Namun semalam, Miyyo menerusi Instagramnya telah memuatnaik satu kapsyen yang berkata, dia mahu mengambil tindakan pada media ataupun page yang mengaibkan dan telah memalukan dirinya.

Menurut status rakannya lagi, itulah punca ‘Miyyo Rizone’ tidak mahu munculkan diri apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang tular.

Memetik laporan Harian Metro, "selain wajah, namanya yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini. Saya bukan nak mengaibkan atau mahu publisiti diri sendiri, tetapi tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu. Kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu yang dikatakan berjumlah hampir RM200,000 juga adalah palsu sebaliknya pembedahan itu tidak sampai RM5,000. Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu. Saya mengenalinya tujuh bulan lalu daripada rakan saya dan dia pernah bercerita kepada kami bahawa dia pernah menjalani pembedahan mencecah RM500,000".

Jadi media ke yang bersalah sekarang?

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top