Rojak Daily Logo

10 Iklan Raya Paling Menarik 2016

0
comments
10 Iklan Raya Paling Menarik 2016
Sebuah bingkisan indah Aidilfitri

Menjelang beberapa hari lagi sebelum Aidilfitri disambut, kami sajikan 10 iklan raya paling menarik dan mencuit hati kami. 

1) TNB - #LepasTu

Kisah kanak-kanak bernama Din yang meminta maaf daripada bapanya atas pelbagai kesalahan yang telah dilakukan. Namun, tiada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. 

2) Petronas - Vroom Vroom

Iklan Petronas antara yang paling dinanti menjelang Aidilfitri. Kali ini menceritakan nostalgia seorang anak dan bapanya yang sentiasa terpahat di hati. 

3) Astro - #BERIKANMASA

Ini adalah kisah benar Zika, yang menceritakan suka duka bersama bapanya. Hargailah bapa anda selagi ada kerana masa itu anugerah paling bermakna.

4) Maghfirah Media Group - Erti Raya

Dibintangi aktor terkenal yang cukup berbakat, Beto Kusyairy menjawab persoalan apa yang bestnya raya? Dapat berkumpul bersama keluarga tercinta dan menghayati erti sebuah kemaafan. Iklan enam minit ini amat menyentuh hati. 

6) Maxis - #Sarikatahati

Sesibuk mana pun kita dengan kerja, sehebat mana pun perkembangan teknologi yang ada kini, jangan kita sesekali melupakan ibu dan bapa. Mesej yang cukup hebat daripada Maxis. 

7) Samsung - Siberturahim

Boleh mengalir air mata tengok iklan Samsung kali ini kerana ia amat dekat dengan kita. Setiap keluarga pasti ada group Whatsapp yang menceritakan suka dan duka, ketawa dan hiba. Teknologi juga membantu merapatkan yang jauh di mata. 

8) Faber Castell - Sudahkah Anda Bersiap Sedia Untuk Menyambut Tetamu

Kisah budak nakal yang selalu membuat kacau tiap kali datang rumah beraya. Namun dengan adanya pelekat Faber-Castell, kenakalan budak itu dapat dibendung. 

9) BSN - Pengacau Balik Raya

Kisah suami isteri pulang ke kampung diganggu oleh kehadiran Suffian, yang tertinggal bas, Pak Wahib dan kambingnya.

10) Malaysia Airlines - Boleh Adik Ikut?

Anda pasti terkejut siapa itu adik. Kisah digarap ringkas menceritakan hospitaliti Malaysia Airlines bahawa kasih sayang tidak mengenal siapa kita. Sangat menyentuh hati dengan lagu yang mendayu.

 
 
Comments