Rojak Daily Logo
Back to top

8 Situasi Epik Yang Hanya Akan Berlaku Pada Hari Raya

Bersedia dengan soalan makcik pakcik bawang.

0
comments
8 Situasi Epik Yang Hanya Akan Berlaku Pada Hari Raya
Foto: The Star dan Astro Gempak

Pejam celik, pejam celik, raya dah nak dekat oi! Setahun, hanya sekali, pasal itu lah keterujaannya tiap kali nak sambut raya tu luar biasa. Tak dilupakan, setiap kali raya, perasan tak 10 perkara ini mesti berlaku.

1. Lebuhraya sesak nak mati.

Ada berapa lebuh raya di Malaysia ni terutamanya di luar Lembah Klang? Boleh dikatakan lebuh raya menuju ke utara, selatan dan pantai timur tu memang akan sesak melekat dua hari sebelum raya dan juga tamat cuti umum bagi aidilfitri. Perjalanan yang makan masa tiga jam, boleh jadi enam jam dengan kesabaran yang sangat tinggi dalam diri. Tapi ingat, jangan sesekali guna lorong kecemasan.

2. Tiket kapal terbang naik mendadak.

Ingatkan syarikat penerbangan ni boleh la bagi diskaun untuk anak perantau balik beraya. Ini tak pulak, makin diorang nak buat duit adalah. Harga tiket pergi balik kalau dari Kuala Lumpur ke Kuala Terangganu tu dah macam nak pergi Paris! Sentiasa rancang awal perjalanan korang, kalau rasa nak feeling naik kapal terbang, tempahlah awal tiket tu. Kalau tak, jom sertai pesta brek di lebuh raya.

 

3. Peniaga lemang berleluasa.

Yup, tak rayalah kalau tiada lemang. Lemang antara menu wajib pagi raya kecualilah kalau anda berdarah mix mat saleh dan pagi raya hidang spaghetti. Di kawasan kampung terutamanya, kiri dan kanan jalan mesti banyak gerai-gerai jual lemang. Lemang biasa, lemang jagung, lemang pulut hitam, anda cakap je nak apa, mesti ada orang yang jual. Selalunya lemang ini telah ditempah siap-siap oleh pelanggan dan ada juga yang anda boleh terus membelinya.

 Sedapnya!

4. Soalan horror makcik pakcik.

Masih! setiap tahun masih soalan yang sama. Bila rayalah kita akan berkumpul sanak-saudara sebab jumpa pun setahun sekali kan. Jadi bila setahun sekali je jumpa, pakcik dan makcik kita ni siap kumpul banyak soalan untuk diajukan pada kita nanti. Mungkin mereka saja nak cari topik untuk bersembang, tapi tanyalah soalan macam, tengok tak drama Nur? ataupun soalan kamu undi apa haritu? Antara soalan-soalan horror yang bakal ditanya setiap tahun adalah:

 
  • Bila kamu nak kahwin?
  • Bila kamu nak dapat anak?
  • Bila kamu nak tambah anak?
  • Bila nak tukar kereta?
  • Eh kenapa makin gemuk ni?
  • Cantik-cantik ni takkan takde orang nak?
  • Bla bla bla bla......
 

5. Pelbagai juadah raya percuma!

Tak percaya? Try pergi rumah makcik-pakcik anda tu. Rumah Pak Ali buat nasi tomato, rumah Cik Bi buat laksa, rumah Mak Senah buat nasi ayam, rumah Atuk Din buat soto, rumah Cik Mawar buat lemang ketupat rendang dodol. Haa, tak ke pecah perut nanti makan tu? Tapi best dapat nikmati bermacam makanan raya nanti.

 

6. Jalan di Kuala Lumpur kosong

Kalau hari-hari biasa, jalan di Kuala Lumpur terutamanya Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Raja Raja Chulan dan sebagainya akan sesak teruk, tapi bila hari raya, jalan raya ini kosong dan siap boleh baring! Semua warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing riang gembira, inilah namanya keajaiban lebaran.

 

7. Jualan runtuh Raya

Ketika musin rayalah pelbagai jenama pakaian, alat solek, perabut, alat elektrik dan sebagainya nak buat tawaran hebat untuk anda beraya. Siapa taknak rumah cantik berseri dengan langsir baru, sofa baru, set TV baru, baju baru, tudung baru dan sebagainya. Siapkan duit je, semua benda anda boleh beli.

 

8. Stesen TV berlumba-lumba siar cerita best

Untungnya buat semua penonton, stesen TV di Malaysia berlumba-lumba untuk memberikan yang terbaik buat anda. Malam raya dan Malam raya pertama selalunya akan dihidangkan dengan filem pecah panggung untuk tontonan seisi keluarga. Ada yang taknak pergi beraya semata-mata nak tengok filem best. Eh filem boleh tunggu, rakam je dulu, balik beraya boleh tonton. Tapi istimewa raya tahun ni, malam raya nanti ada perlawanan pertama Piala Dunia 2018! Pandai-pandai anda la tukar channel ya.

 
 
 
Comments