CLOSE
CLOSE

4 Gaya Solekan Glamraya Anda Harus Cuba Untuk Raya Pertama Hingga Raya Keempat

Solekan menjadi penyeri wajah untuk tampil manis berseri.


  • Share:

4 Gaya Solekan Glamraya Anda Harus Cuba Untuk Raya Pertama Hingga Raya Keempat
Gambar: Sephora

Siapa taknak cantik berseri pagi raya kan? Bagi memastikan anda tampil jelita di hari raya nanti, Sephora bekerjasama dengan jurusolek artis terkemuka Malaysia, Tiar Zainal memperkenalkan konsep solekan Glamraya iaitu empat gaya solekan yang pasti buatkan anda tak henti-henti berselfie nanti. Selebriti terkenal Scha Alyahya, Liyana Jasmay serta dua instafamous, Anis Syafiraa dan Myra Zainal menjadi inspirasi Tiar Zainal bagi empat solekan ini. Bagi hari raya kali ini, Sephora mempersembahkan empat gaya, Edgy Chic, Classic Beauty, Glamorous Queen dan Cool Babe untuk semua fesyenista!

 

1. Edgy Chic

Scha Alyahya dalam solekan Edgy Chic

Diinspirasikan dari kalangan wanita yang kuat dan tidak gentar, Edgy Chic mengutamakan garisan mata yang tebal. Pembayang mata dari pelbagai warna terutamanya warna nude dicampur mesra bagi menaikkan seri mata.

 

2. Classic Beauty

Myra Zainal dalam gaya klasik.

Mendapat ilham dari jelitawan Hollywood, Marilyn Monroe, lipstik merah dan garisan mata hitam dan tebal menjadi asas bagi wajah klasik. Anda pasti akan menonjol jika menggayakan solekan ini.

 

3. Glamorous Queen

Anis Syafiraa dalam gaya Glamorous Queen.
 

Direka khas untuk waktu petang dan malam ketika anda menerima kunjungan sanak-saudara atau pergi melawat taulan, gaya ini menekankan penggunaan pembayang mata yang kuat dan dilembutkan dengan penggunaan lipstik pink cair untuk wajah sofistikated dan elegan.

 

4. Cool Babe

Liyana Jasmay sempurna dalam gaya Cool Babe.

Gaya ini mementingkan kemasan yang sempurna. Penggunaan lip matte berwarna gelap dan mata berkilauan sentuhan pembayang mata rona hijau menjadikan mata tampak sihat dan segar. Sesuai juga digayakan petang raya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top