CLOSE
CLOSE

[VIDEO] Drama Epik 'Legenda Cun Raya' Watsons Undang Kritikan Netizen

Menghimpunkan watak dongeng popular antaranya Dayang Senandung yang berkulit hitam.


  • Share:

[VIDEO] Drama Epik 'Legenda Cun Raya' Watsons Undang Kritikan Netizen
Gambar: Watsons Malaysia

Gedung kecantikan Watsons kembali mencuri perhatian kita dengan sebuah drama pendek raya yang bertajuk 'Legenda Cun Raya'. Drama yang mengetengahkan cerita dongeng ini diberikan nafas baru dengan elemen lucu dan dibintangi oleh bintang popular Malaysia antaranya Kamal Adli (Saudagar Kaya Al-Kazam), Bell Ngasri (Orang Kanan Happ Happ), Ruhainies (Harum Senandung), Uqasha Senrose (Laila Majmuk), Raja Ilya (Puteri Gunung Rendang), Sasha Saidin (Puteri Mayang Mengurai), Amber Chia (Puteri Hang Po Po), Thanuja (Nong Nak), Alvin Chong, Luqman Hafidz dan ramai lagi. 

Disebalik pujian yang diterima, namun watak Harum Senandung yang dilakonkan oleh Ruhainies yang berwajah hitam mengundang reaksi dan kecaman netizen. Rata-rata netizen menggelarkan Watsons tidak menjaga sensitiviti, mengamalkan sikap perkauman dan cantik tidak semestinya perlu putih. 

Drama pendek berdurasi 15 minit ini mengisahkan hikayat epik Saudagar Kaya Al-Kazam yang mahu mencari seorang isteri menerusi satu ujibakat dan ia telah dihadiri oleh para jelitawan seantero dunia. Pelbagai gelagat para jelitawan ini lakukan untuk memikat Saudagar Kaya Al-Kazam untuk dijadikan isteri. Baru sahaja pihak Watsons memuat naik drama ini ke laman Facebook mereka pagi tadi, kini ia telah mencecah ratusan ribu tontonan. Bagaimana pendapat anda?


 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top