Rojak Daily Logo

Berapa Anda Sanggup Bayar Untuk Sehelai Tudung?

0
comments
Berapa Anda Sanggup Bayar Untuk Sehelai Tudung?
Si cantik Neelofa hanyalah gambar hiasan. (Gambar: www.tv14.my)

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan harga bagi koleksi jenama-jenama hijab terkenal. Dari puluhan ringgit ke ribuan ringgit, berapa yang anda sanggup laburkan demi sehelai tudung?

1) Duckscarves – RM120 hingga RM220

Gambar: duckscarves.com

2) Naelofar Hijab – RM53 hingga RM89

Gambar: naelofarhijab.com

3) Sugarscarf – RM39 hingga RM200

Gambar: sugarscarf.com

4) Ariani - RM35 hingga RM450

Gambar: arianionline.my

5) Fareeda – RM80 hingga RM200

Gambar: www.facebook.com/FareedaOfficial/

6) Bawal Exclusive – RM45 hingga RM7,000

Gambar: www.bawal.com.my

7) Anggun Zara – RM35 hingga RM49

Gambar: www.anggunzara.com

8) Owl by ND – RM59 hingga RM149

Gambar: www.zalora.com.my

9) J Hijab by Umie Aida – RM100 hingga RM450

Gambar: www.wanista.com

10) Aidijuma – RM10 hingga RM45

Gambar: www.aidijuma.com

11) Jelita Sara – RM39 hingga RM129

Gambar: www.jelitasara.com

12) Mumuscarves – RM39 hingga RM89

Gambar: mumuscarves.com

Apa kata Netizen?

Saya penggemar tudung bawal. Kebiasaanya saya tidak memandang jenama dan asalkan kualitinya okey. Walaupun beli di pasar malam, kadang-kala kainnya lebih berkualiti dan harganya hanya dalam RM10 sahaja.
Asliza Musa, 29, Wartawan
Paling mahal saya pernah beli dalam RM40 itu pun dua tiga kali sahaja. Terpulang pada kualiti dan jenis fabrik tudung. Memang harga tudung sekarang banyak yang mahal jadi terpulang pada bajet kita sendiri.
Nas Dhiya, 26, ahli perniagaan
Kalau kena dengan kualiti, saya tidak kisah untuk membayar lebih. Pada saya harga dalam linkungan RM30 ke RM200 adalah berpatutan mengikut kualiti, paten dan fabrik.
Risa Melati, 30, Eksekutif
Kalau harga melambung sangat pun, tak perlu kot. Hijab ni ibarat keperluan harian bagi wanita bertudung. Jadi asalkan cantik, fabrik tak panas, berkualiti, saya okay. Tidak perlu pandang pada jenama kerana pada saya itu bukan keutamaan.
Syasya, 28, Setiausaha
Tudung tak patut harga RM100 ke atas. Hahaha! No la, terpulang pada tuan yang memakai. Saya jenis tak pandang jenama. Kalau ada yang berkualiti dan murah, itu yang paling saya cari. Koleksi tudung saya pun banyak yang dari harga RM10 ke RM50.
Nana Ahmad, 31, Pereka Grafik
 
 
Comments