Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

5 Tips Selfie Yang Sempurna Dari Ikon Selfie, Joyce Chu

Kamera telefon yang bagus turut memainkan peranan dalam kualiti selfie sempurna.

0
comments
5 Tips Selfie Yang Sempurna Dari Ikon Selfie, Joyce Chu
Gambar: Vivo

Masih tak tahu cara untuk mengambil gambar selfie yang sempurna? Penyanyi, penulis lirik terkenal yang juga merupakan ikon selfie Vivo V5s telah berkongsi tips-tips untuk mendapatkan gambar selfie yang cantik. Dengan 815,000 pengikut di Instagram dan gemar memuat naik gambar selfie comel, Joyce bukti dia ikon selfie sebenar. Tapi bagaimana caranya untuk dapatkan gambar selfie terbaik?

5 tips untuk dapatkan selfie sempurna


1) Cari signature pose

Setiap orang pasti ada gaya kegemaran mereka sendiri. Apabila berselfie, pastikan anda ada signature pose sama ada berselfie di tepi tingkap, berselfie comel ala-ala Korea ataupun berselfie gaya swag. Gaya pengenalan anda ini akan memberikan anda keyakinan dan sudah tentu selfie anda akan menjadi cantik.

 

Loving my life❤️

A post shared by thecloverjoys (@thecloverjoys) on


2) Pencahayaan penuh

Dengan adanya cahaya yang mencukupi, kulit anda akan tampak lebih mulus dan berseri ketika di dalam gambar. Cuba sekali-sekala ambil gambar menggunakan cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari dan anda akan perasan, selfie anda akan jadi cukup sempurna dengan bantuan cahaya semulajadi.

 

忙碌的一天~

A post shared by thecloverjoys (@thecloverjoys) on


3) Tentukan sudut muka

Jika anda tahu sudut muka yang betul, ia akan mencantikkan lagi bentuk wajah anda. Apabila anda sudah terbiasa dengan angle wajah, ia akan memperlihatkan tulang pipi, garis tulang rahang dan mata anda juga akan terlihat bundar.

 

A post shared by thecloverjoys (@thecloverjoys) on


4) Pegang telefon pintar lebih tinggi dari kepala

Jika selama ini anda suka berselfie dengan memegang telefon pintar sama tahap dengan mata atau lebih rendah, cuba teknik memegang telefon pintar lebih tinggi dari kepala. Dengan cara ini, anda akan kelihatan lebih kurus dan sekaligus boleh menunjukkan pakaian yang sedang dipakai. Jadi, boleh gunakan dua hashtag dalam satu gambar iaitu #selfie dan #ootd.

 

今晚8点 四叶草最新ep第二波主打歌《在一起》ep版mv 将会出炉咯~ 请大家留守小草的fb鲁😘

A post shared by thecloverjoys (@thecloverjoys) on


5) Kamera telefon yang baik akan menghasilkan selfie yang cantik

Sudah semestinya, setiap telefon pintar dilengkapi dengan kualiti kamera hadapan yang berbeza.  Bagi Joyce Chu, dia memilih untuk menggunakan telefon pintar Vivo V5s. Menurut Joyce, "dengan adanya kamera pintar bercahaya lembut 20MP, saya dapat mengambil gambar sempurna dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa".

 

Gosh loving my new selfie phone ❤️

A post shared by thecloverjoys (@thecloverjoys) on

 
 
Comments