Rojak Daily Logo

Cara Cantikkan Selfie Anda

0
comments
Cara Cantikkan Selfie Anda
Karlie Kloss dan sahabatnya, Taylor Swift. (Gambar: Vogue)

Cuba check galeri telefon anda sekarang. Penuh gambar selfie? Dah ambil selfie, konon nak post di Instagram tapi... Cuba timbangkan perkara ini sebelum mengambil selfie terbaik anda.

1) Angle

Gambar: www.popsugar.com

Angle yang baik menghasilkan gambar yang cantik. Sama ada sengetkan sedikit muka anda untuk menonjolkan tulang pipi ataupun sisikan bahagian tubuh untuk kelihatan lebih langsing, angle adalah penting untuk anda si kaki selfie.

2) Pencahayaan

Gambar: exploregram.com

Sudah semestinya cahaya matahari adalah lighting yang sempurna bagi selfie terbaikmu. Jika tiada cahaya matahari ketika itu, pastikan anda berada di tempat yang terang ataupun pandai mencari cahaya yang khusus pada wajah. Pencahayaan yang sempurna memberikan kesan kulit yang menawan dan rambut yang bersinar pada gambar anda.

3) Signature pose

Gambar: www.tumblr.com

Bila anda rasa bagus, semuanya terpancar di dalam gambar! Pilih signature pose yang sesuai khas untuk selfie anda. Sama ada mengenyit mata, memuncungkan mulut, senyum lesung pipit atau senyum dengan menampakkan barisan gigi, carilah satu signature pose. Be silly!

4) Tiru gambar majalah

Gambar: www.vogue.com

Tidak salah untuk anda mengambil mana-mana gambar di majalah kegemaran dan inspirasikan gambar tersebut menjadi ilham selfie. Gayakan ekspresi muka comel, rambut mengerbang depan kipas atau apa sahaja gambar supermodel idaman anda, snap!

5) Edit

Gambar: www.nydailynews.com

Ada pelbagai aplikasi yang menawarkan puluhan filter untuk gambar menawan. Janganlah hanya tumpu pada satu kesan sahaja dan cuba gunakan filter berbeza setiap hari untuk menambahkan warna pada selfie anda. Oh, cuba sekali-sekala gunakan kesan hitam dan putih untuk tampak elegan dan klasik.

6) Selfie dengan latar belakang

Gambar: fashiongonerogue.com

Hey, jika anda bercuti kemana-mana destinasi, cuba ambil selfie beserta dengan latar belakang menarik dan pastikan benda di belakang itu lebih menonjol dari muka anda. Tidak kira laut, monumen, lukisan ataupun bukit-bukau, pasti anda akan mendapat puluhan likes!

7) Jaga-jaga photo-bomber

Gambar: www.elle.dk

Boleh jadi kakak, adik, kucing kesayangan ataupun kenderaan yang lalu-lalang menjadi aksesori tambahan dalam gambar anda. Jika mereka terlihat di dalam gambar anda, sudah pastinya anda boleh ambil yang baru tapi jika mereka ini sengaja muncul juga, pilihan anda sama ada lari ke tempat lain, crop gambar tersebut ataupun ada beberapa aplikasi yang boleh dicuba untuk menghilangkan photo-bomber.

 
 
Comments